KEH..KEH...INGAT UMNO NAK DOK DIAM KE...PH PUN TAK DUDUK DIAM....LEBAI...MANA KAJIAN YANG MENYATAKAN PAS BOLEH MENANG LAGI >

 

Rakyat Terengganu masih mahu kami, kata PAS






Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah yakin PAS
 Terengganu mampu menang lebih banyak kawasan pada PRU15 jika
 strateginya tepat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS Terengganu yakin mampu mempertahankan 22 kerusi DUN dan membentuk kerajaan berdasarkan “mood” atau sentimen rakyat negeri itu setakat ini,

Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, meskipun bakal bertembung dengan Barisan Nasional (BN) yang bergerak solo dan menolak Muafakat Nasional (MN), pihaknya tidak gentar kerana yakin rakyat masih bersama parti itu, berdasarkan penilaian pihaknya.

Wan Sukairi, yang juga ADUN Wakaf Mempelam, mendakwa PAS mampu menang lebih banyak kawasan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) itu jika strateginya tepat.

“Sasaran kita, kekalkan kerajaan Terengganu PAS dengan kemenangan dua pertiga, kita telah buat persiapan. Jentera hanya menunggu pilihan raya umum berlangsung sahaja,” katanya kepada FMT.

Wan Sukairi berkata, pada asasnya, PAS akan mempertahankan 22 kerusi manakala baki 10 lagi yang disandang BN masih belum diputuskan.

Berhubung kerjasama dengan BN menerusi Umno, Wan Sukairi berkata, pintu rundingan masih terbuka walaupun pemimpinnya berulang kali menegaskan mahu bergerak solo dengan meletak semua calon di 32 kerusi DUN dan enam Parlimen.

“Kita akur sahaja, jika PAS pusat kata kita masih bersama Umno dalam MN dan perteguh Perikatan Nasional (PN), persediaan sama sahaja, sama ada dengan mereka atau sebaliknya.

“Kalau bertembung BN pun kita sedia dan tidak boleh tolak,” katanya yang masih berharap ada jalan penyelesaian untuk kerjasama dengan Umno.

Berhubung keyakinan Umno merampas semula Terengganu susulan kegagalan PAS menyelesaikan pelbagai isu, Wan Sukairi berkata, pihaknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai keberkesanan PAS dalam berkhidmat.

Beberapa isu pokok yang menghantui rakyat negeri itu, seperti bekalan air dan pengurusan sampah, katanya, telah ditangani dengan baik oleh kerajaan PAS Terengganu.

“Isu air dan sampah kita telah tangani dengan baik. Cuma ada perkara lain yang memerlukan penyelesaian jangka panjang … biasalah, siapa jadi kerajaan akan berhadapan isu sama juga,” katanya.

Di samping itu, menurut Wan Sukairi, 90% daripada 20 janji dalam manifesto PAS Terengganu pada PRU lepas telah ditunaikan, manakala bakinya akan dilaksanakan menjelang PRU15. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan janji-janji yang telah ditunaikan PAS itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan memperlekehkan mana-mana pemimpin lawan, termasuk bekas menteri besar Ahmad Said yang dipilih sebagai “poster boy” BN Terengganu.

“Saya tak perlu kata itu sebagai cabaran sebab semua orang kenal siapa Ahmad Said. Semua orang (juga) kenal siapa menteri besar PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Biar rakyat menilai, mereka tahu siapa lebih bagus. Kita serah kepada rakyat,” katanya.

No comments: