AHLI PAS AKAN DI AMBIL TINDAKAN

YDP Pas Tanjung Mahu Tindakan Displin






Inbox

X








)

En Yaacob YDP Pas Kawasan Tanjung menjelaskan bahawa isu ahli pas halang kereta Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dalam Sinar harian Sabtu 21 Ogos adalah ahli pas yang ada masalah akhlak , tidak ada moral.Mereka ini adalah merupakan ahli pas berkepentingan peribadi.


Ada segelintir ahli kawasan Pas Tanjung yang sudah dikenal pasti melanggar disiplin parti Pas .Nama nama mereka akan dimaklumkan kepada Badan Perhubungan Pas Negeri dan seterus Pas Pusat untuk diambil tindakan displin sewajarnya mengikut undang-undang Parti Islam Semalaysia.

Mereka ini agen UMNO ...........
Ahli Pas halang kereta Ketua Menteri dalam program bertemu rakyat dan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa adalah Arif Ibrahim.

..................................
Ahli Pas halang kereta Guan Eng


GEORGETOWN - “Lim Guan Eng langsung tidak mahu pandang ke arah saya ketika saya memintanya beri perhatian untuk selesai masalah tanah perkuburan di Masjid Jelutong.

“Apabila saya berpeluang menjerit ke arahnya sebaik sahaja tingkap keretanya diturunkan, saya lihat dia memalingkan mukanya ke arah lain seolah-olah tidak mahu mendengar,” kata Arif Ibrahim.

Menurutnya, beliau bersama seorang rakannya nekad untuk berjumpa Guan Eng setelah mengetahui Ketua Menteri akan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa petang Rabu lalu setelah beberapa usaha sebelum ini untuk mendapatkan bantuannya tidak berhasil.

Arif, ahli Pas kawasan Tanjong, berkata masalah itu sudah berlarutan beberapa tahun tanpa ada penyelesaian selepas pemerintahan Pulau Pinang diambil alih oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

“Sebelum ini tanah Lot 21 dan 22 yang akan dijadikan tanah perkuburan tambahan untuk kariah Masjid Jelutong hampir diselesaikan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Tetapi apabila PR ambilalih, perkara ini seolah-olah cuba dilengahkan.

“Terkini, saya dapat tahu tanah itu sudah dimiliki oleh sebuah syarikat dan akan dibangunkan dengan projek pembangunan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, beliau memang merancang untuk menyekat kereta Guan Eng untuk meluahkan rasa tidak puas hati atas sikapnya yang enggan membantu menyelesaikan masalah itu demi keperluan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Kejadian ini berlaku begitu pantas, kira-kira satu atau dua minit sahaja. Sebaik sahaja nampak kereta Guan Eng membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa, saya cuba menahan keretanya tetapi pemandu enggan berhenti.

“Apabila kereta itu bergerak perlahan ketika berselisih dengan sebuah lori dari arah bertentangan, saya melompat ke atas bonet kereta dan menutup cermin bahagian pemandu dengan kertas kadbod untuk menghalang penglihatannya supaya dia terus berhenti,” katanya.

Arif berkata, Guan Eng kemudian menurunkan cermin kereta dan ketika itu, beliau (Arif) terus meluahkan rasa marah kerana isu itu belum dapat diselesaikan.

“Saya rasa puas hati dapat menyuarakan apa yang terpendam selama ini kepada Guan Eng walaupun dalam tempoh singkat setelah diseret ke tepi oleh anggota polis untuk membolehkan kereta Guan Eng bergerak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tindakannya itu akan membuka mata Guan Eng dan Kerajaan Negeri untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira kaum atau keturunan.

“Semua masalah rakyat mesti diselesaikan tanpa mengira ia melibatkan orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

Difahamkan, selepas insiden itu, Guan Eng meneruskan programnya untuk berbuka puasa dengan jemaah di masjid berkenaan. Bagaimanapun, Guan Eng dinasihatkan agar pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini.

No comments: