RASUAH..SEBUT SAHAJA DI JABATAN MANA...SEMUA NYA ADA...MALAYSIA LUBUK PERASUAH

 

Mara tak campur tangan siasatan SPRM terhadap Mara Corp




Pengerusi Mara, Azizah Mohd Dun berkata, siasatan terhadap tiga pegawai kanan anak syarikat Mara itu telah selesai dan sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

PETALING JAYA: Mara tidak pernah mencampuri urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa lagi menarik balik pendakwaan terhadap tiga pegawai kanan Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) yang disyaki terlibat dalam salah guna kuasa.

Pengerusinya, Azizah Mohd Dun berkata, siasatan kes tberkenaan diserahkan sepenuhnya kepada SPRM, dan jika wujud campur tangan ia sepatutnya sudah berlaku ketika awal siasatan lagi.

“Siasatan terhadap tiga pegawai kanan anak syarikat Mara ini telah selesai dijalankan oleh SPRM dan saya difahamkan fail mereka dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Tidak timbul sebenarnya kes ini akan digugurkan. Mara tidak campur tangan selepas kes ini di bawah SPRM. Segalanya kini adalah di bawah AGC untuk membuat pendakwaan,” katanya menurut laporan Utusan.

Terdahulu media melaporkan AGC bakal menggugurkan kes membabitkan tiga pegawai kanan Mara Corp.

Bagaimanapun, SPRM menyangkal dakwaan itu malah, ketua pesuruhjayanya Azam Baki menyatakan tiada sebarang makluman daripada AGC berhubung kes itu.

Februari lalu, SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan integriti dan salah guna kedudukan membabitkan lima pegawai kanan (Mara).


No comments: