KISAH SEDIH MARHAEN MOHON TANAH TAK DAPAT DAPAT


MOHD SHAH RIM



CERITA SAYA - VERSI 1.

Walaupun banyak kedai nombor ekor, namun Malaysia hanya mempunyai 1 sahaja kasino iaitu di Genting. Pemberian lesen kasino secara monopoli tersebut sejak zaman YAM Tunku bertujuan untuk memajukan Genting...

Genting pada asalnya ingin dimajukan YAM Tunku sebagai pusat peranginan Kerajaan namun terpaksa ditangguhkan kerana JKR pada waktu itu memerlukan masa 15 tahun hanya untuk membina jalan raya ke Genting.

Lalu muncul Goh Tong sebagai adiwira yang menawarkan diri untuk mengambil alih. Akhirnya Goh Tong dan Tan Sri Haji Mohd Noah mendapat tanah seluas 4940 hektar daripada Kerajaan Pahang secara pegangan kekal.

Tidak cukup dengan itu, mereka memohon lagi tanah Selangor seluas 1110 hektar. Pada awalnya MB Selangor hanya bagi pajakan namun selepas dipujuk, dirayu maka Selangor pun turut memberi pegangan kekal.. Lim Goh Tong akhirnya berjaya membina jalan raya ke Genting dalam masa kurang lebih 3 tahun.

Dengan senang Goh Toh and the geng dpt 6050 hektar tanah.. Marhain mohon lot rumah pun dah 17 keturunan masih belum dapat.

Genting sebenarnya hanya menggunakan 4% daripada tanah yang diberikan kerajaan... Buat masa ini hutan itu masih selamat...

Sejak itu Lim Goh Tong menjadi anak emas YAM Tunku. Banyak pengecualian cukai diberikan oleh Tunku kepada Genting pada waktu itu.

Sumber : Lim Goh Tong. Cerita Saya. 2004. Pelanduk Publication.

DSP.

 

No comments: