Bantuan Sara Hidup (BSH) diagih bermula Mac


Kerajaan Pakatan Harapan akan mengagih Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada penerima yang layak bermula Mac tahun depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurut beliau, kerajaan kini sedang dalam fasa mengumpul data bagi mengenal pasti penerima yang layak.

“Kita mempunyai pendekatan baharu, maka ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Seperti mana diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2019, kita mempunyai kaedah baharu melaksanakan pengagihan BSH.

“Ia akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan ia akan dibayar,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Setiap isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima RM1,000.

Tidak ketinggalan golongan B40 yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun bakal menerima RM120, namun terhad kepada empat orang anak.


No comments: