Poster GAMIS dah tak ada gambar penumbuk- MAT CEROI MELINGKUP KE MANA DAH ?

 

Poster GAMIS dah tak ada gambar penumbuk


[ IKLAN RAYA JUDI: PENJAJAHAN PEMIKIRAN MEDIA BARU ]

1. Di saat masyarakat Muslim menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran dan dihiasi dengan amal ibadat, namun terdapat golongan yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan menggiatkan promosi judi yang dinamakan sebagai GDBet333 dan IBC 033.

2. Kegiatan promosi judi tersebut yang menggunakan platform Youtube jelas menggunakan perkataan “cuci semua kemudian beraya” dan “menang banyak raya pasti happy” yang menggambarkan bahawa kegiatan judi ini boleh dilakukan secara terbuka tanpa meghiraukan senstiviti masyarakat Islam di negara ini.

3. Sehubungan itu, penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi kes yang disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka. Penerbitan video judi atas talian ini berniat jahat menyeru umat Islam untuk berjudi dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta mencemarkan institusi agama lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

4. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengucapkan tahniah kepada PDRM dan SKMM atas tindakan pantas terhadap isu video promosi judi atas talian GDBet333 ini dan siasatan sedang dijalankan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

5. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 90:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

6. GAMIS mewakili mahasiswa Islam seluruh Malaysia menyeru kepada kerajaan agar lebih proaktif kearah mengharamkan judi secara menyeluruh di Malaysia. Selain membunuh moral dan intergriti, kegiatan judi juga akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini mesti dijadikan pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam agar memelihara kesucian agama Islam.

‘MEMIMPIN KEBANGKITAN MAHASISWA”

Majlis Dakwah dan Kebajikan,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) 2021

17 APRIL 2021 | 5 RAMADAN 1442H

#GAMIS2021
#BANTERASMUNGKAR