Survey IDE 2423 Responden sahaja?






Survey IDE 2423 Responden sahaja?

Masalah dengan sesetengah orang, mereka malas membaca lepas tu buat kesimpulan sendiri. Lagi best dengan yakin masuk wall orang terus terjah dan condemn kerja orang lain. Ini yang di panggil dunning Kruger effect.

Sampling IDE 2423 responden lagi besar dari Ilham Centre 1,622 responden dan O2 Research Malaysia 1,105 responden. Dia ingat kalau ada 21 juta pengundi baru, kena buat kena buat 210,000 responden kut. USA yang ada 168 juta pengundi untuk pilihanraya Presiden 2022, survey mereka pun dalam 1,540 responden sahaja. Benda ini normal, yang penting segmen dan demographi pengundi itu kena ikut pecahan kaum, umur, jantina dan pekerjaan.

Invoke tak tepat? Ini mesti jenis tak tahu atau berlakon serba tahu. 2018 Invoke kata PH akan dapat dalam lingkungan 111 kerusi dan ini tepat. Sudah tentu setiap survey ada margin of error dia, tak semua survey tepat, ini yang di panggil error rate.

Nak kata IDE bias pun tak juga. Semua survey boleh jadi bias, depend on how the survey being conducted. Kadang-kadang sampling pun boleh bias. Sebab tu banyak faktor kena check macam error rate, accuracy, precision, f1 score, recall di bandingkan dengan survey-survey sendiri yang lepas.

Survey ini macam reconnaissance dalam perang, nak tengok kekuatan dan kelemahan di mana, bukan bermakan kalau dah survey 100% akan berlaku jadi tak payah mengundi.

MMMS

Certified Data Scientist / MSc Data Science.