Selesai sudah penamaan calon hari ini. Tak tercapai cita-cita DS
Anwar untuk melihat sistem dua parti kerana adanya pihak tak sedar diri seperti
PN, GTA dan Warisan yang hanya kacau daun.
Selain dari entiti tamak haloba yang disebutkan, ada juga
beberapa individu yang masuk sebagai calon bebas. Persoalannya, sejauh manakah
calon bebas menguntungkan pengundi.
Ada antara calon bebas itu adalah tokoh yang telah dikenali umum
dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang mereka lakukan. Adakah itu boleh menjadi
penanda aras untuk memilih mereka?
Untuk Parlimen, rakyat perlukan lebih daripada itu. Setakat
banyak membantu rakyat, tanpa sikit pun menafikan kebaikan mereka, itu belum
melayakkan mereka untuk menjadi suara rakyat di parlimen.
Ahli parlimen lebih daripada cerita tampal lubang di jalan. Atau
bantu gelandangan. Parlimen adalah tempat di mana dasar dan polisi negara digubal.
Ia berkenaan undang-undang dan perlembagaan.
Kita perlukan ahli parlimen yang berpendidikan dan
berpengetahuan. Yang faham akan isu global dan lokal. Dan yang paling penting,
ahli parlimen tak boleh bergerak sendiri. Ahli parlimen perlu berparti.
Mengundi calon bebas tak menguntungkan rakyat. Setakat mana
calon bebas mampu melahirkan dasar dan polisi untuk rakyat? Setakat boleh undi
untuk sokong atau tolak sesuatu usul sajalah.
Kalau untuk DUN, aku rasa okay. Memang tugas Adun lebih banyak
membantu rakyat secara terus. Tapi untuk parlimen, ceritanya tidak sebegitu.
Oleh itu rakyat harus faham, memenangkan calon bebas tidak sesihat yang
dijangkakan.
Bukan menafikan kebaikan yang pernah mereka ini taburkan. Tapi
untuk parlimen, kita perlukan calon berparti supaya aspirasi rakyat dapat
diterjemah dalam bentuk dasar dan polisi. Guane boh?