TELAH LAMA DIKETEPIKAN , NAMUN PENANG BERTAHAN DENGAN KEMAJUAN EKONOMI YANG ADA



P Pinang akan terus diketepi, jika BN atau PN memerintah, kata pemimpin DAP




Zairil Khir Johari berkata, Pulau Pinang memerlukan kerajaan persekutuan yang akan membantu dalam pembangunan negeri, bukan menyusahkan mereka.

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan terus diketepikan kerajaan persekutuan, jika Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan, kata Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari.

Beliau berkata, ini jelas selepas PN mengambil alih Putrajaya pada 2020, diikuti BN setahun kemudian, kerana dana persekutuan hanya disalurkan ke negeri itu apabila mereka berkuasa.

Sejak 2020, katanya, hanya ada sebuah projek tebatan banjir yang diluluskan di Pulau Pinang, dan itu juga untuk kawasan PN.

Kemudian, didedahkan kawasan itu ialah Seberang Jaya, yang kini disandang Dr Afif Bahardin, yang melompat daripada PKR ke Bersatu pada 2020.

Zairil berkata, semasa PH memerintah, projek utama tebatan banjir dan projek lain bernilai lebih RM240 juta diluluskan. Projek itu tidak diumumkan sebelum PH mengambil alih.

Beliau berkata, ini dilakukan semasa Lim Guan Eng menjadi menteri kewangan, tetapi usahanya untuk memperluaskan lapangan terbang Pulau Pinang dan membina sistem kereta kabel ke Bukit Bendera dibatalkan Putrajaya.

“Kita memerlukan kerajaan persekutuan yang akan membantu dalam pembangunan Pulau Pinang, bukan menyusahkan kita.”

Katanya, kerajaan persekutuan PN-BN juga menggagalkan cubaan negeri membina sistem LRT sendiri, dengan menolak jaminan bon sukuk dan pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia.

Beliau berkata, Pulau Pinang hanya menerima sekurang-kurangnya 1.7% pembiayaan per kapita dalam Rancangan Malaysia Ke-12, walaupun merupakan antara penyumbang cukai utama.



No comments: