KAH..KAH...SEBENARNYA DUA DUA PARTI PENIPU MELAYU-PAS KATA UMNO, UMNO KATA PAS....DUA DUA HAMPAS

 


Rundingan kerusi PRN Johor: Pas kata Umno menipu


Rundingan kerusi PRN Johor: Pas kata Umno menipu

PAS berpendapat, sebarang dakwaan daripada parti lain mengenai rundingan pembahagian kerusi melibatkan mereka di Johor adalah suatu pembohongan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihak terbabit sebenarnya sedang cuba mengusahakan agar penyokong mereka membenci partinya.

“Sehingga ke saat ini, belum ada sebarang perundingan kerusi pilihan raya di Johor.

“Jika ada pihak yang mendakwa PAS menolak kerusi yang mereka tawarkan kepada PAS atas sebab apa sekali pun, sesungguhnya dia telah berbohong,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sanusi memang tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan tersebut. Bagaimanapun ia dipercayai ditujukan kepada rakan mereka dalam Muafakat Nasional (MN), Umno.

Sebelum ini tular satu klip video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad, berucap dalam majlis parti mengenai persediaan mereka menghadapi PRN.

Hasni mendakwa Umno Johor menawarkan empat kerusi yang “mesti menang” kepada PAS namun ia tidak mendapat persetujuan parti terbabit.

Digambarkan sebagai tamak

Sebaliknya, dakwa Hasni, PAS berminat dengan tawaran 15 kerusi daripada Bersatu. Untuk rekod di sebalik penyertaan PAS dalam MN, parti itu juga menjadi komponen kepada Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.

Umno pula sudah membuat ketetapan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Selain Hasni, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, juga menganggap tawaran empat kerusi daripada Umno Johor itu sebagai “bukan cara yang baik” untuk mengukuhkan MN.

Semalam salah seorang pemimpin kanan PAS, Mokhtar Senik, turut memberikan pandangan pedas kepada Umno dan menganggap parti itu sudah melupakan bantuan yang diberikan semasa mereka menjadi pembangkang.

Umno-BN ketika ini sudah menggambarkan bahawa mereka hampir pasti bergerak sendirian.

Kata Sanusi apabila ada pihak berbohong mengenai sikap PAS – yang digambarkan sebagai tamak – di hadapan jentera parti mereka sendiri, hanya ada satu matlamat yang diinginkan.

“Jika mereka menyemai kebencian dengan bercakap bohong, adakah akan tumbuh pernyatuan? Tidak!

“Mereka sedang mengusahakan perpecahan,” katanya.

No comments: