PRN Johor: PKR, Amanah tanding 20 kerusi, DAP 16


Keputusan parti lain yang akan bersama PH pada PRN Johor ini akan dimuktamadkan dalam tempoh sehari dua, menurut Mohamad Sabu.

PETALING JAYA: PKR dan Amanah masing-masing akan bertanding 20 kerusi, manakala DAP pula 16 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad berkata keputusan berhubung pengagihan kerusi itu telah dimuktamadkan kelmarin namun mereka dalam proses akhir untuk memuktamadkan calon yang akan bertanding nanti.

“Keputusan agihan kerusi diputuskan kelmarin dengan PKR dan AMANAH 20 kerusi manakala DAP pula 16 kerusi. Selepas ini, ketiga-tiga parti akan berbincang semula bagi memuktamadkan agihan dengan parti lain yang mahu bertanding bersama PH pada PRN Johor, termasuk MUDA, Pejuang dan Warisan.

“Keputusan parti lain bersama PH pada PRN Johor ini akan kita muktamadkan dalam tempoh sehari dua ini. PH Johor akan membuat pengumuman rasmi apabila semuanya sudah dimuktamadkan,” katanya pada sidang media bersama pimpinan PH Johor di Permas Jaya hari ini, menurut laporan Harian Metro.

Hadir sama Pengerusi PH Johor merangkap Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Selain itu, Mohamad menjelaskan bahawa 20 kerusi yang ditandingi PKR dan Amanah itu terdiri daripada kawasan campuran serta majoriti kaum.

“DAP pula bertanding di kawasan bandar namun ada juga kerusi di kawasan majoriti kaum,” katanya.

Mengulas saranan sesetengah pihak supaya PH bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Johor, Mohamad berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan setakat ini.

“Isu ini tidak ada dibincangkan dalam Majlis Presiden PH. Setakat ini PH akan bergerak bersama beberapa parti yang akan menyertai kita pada PRN Johor di Permas Jaya hari ini, menurut laporan Harian Metro.

Hadir sama Pengerusi PH Johor merangkap Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Selain itu, Mohamad menjelaskan bahawa 20 kerusi yang ditandingi PKR dan Amanah itu terdiri daripada kawasan campuran serta majoriti kaum.

“DAP pula bertanding di kawasan bandar namun ada juga kerusi di kawasan majoriti kaum,” katanya.

Mengulas saranan sesetengah pihak supaya PH bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Johor, Mohamad berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan setakat ini.

“Isu ini tidak ada dibincangkan dalam Majlis Presiden PH. Setakat ini PH akan bergerak bersama beberapa parti yang akan menyertai kita pada PRN Johor ini. Tiada permohonan daripada gabungan lain setakat ini, termasuk PN untuk bersama PH bagi menghadapi PRN Johor,” katanya.

Mengenai keputusan Majlis Presiden PH yang membenarkan penggunaan logo PKR dan logo PH nanti, beliau berkata ia tidak menimbulkan masalah kepada gabungan itu.

“Perlu diingat, pembangkang menggunakan logo berbeza pada pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 lagi dan hanya menggunakan logo yang sama pada PRU14 lalu. Pengundi sekarang sudah bijak dan bagi kita, ia bukan satu masalah pun,” katanya.


No comments: