PH guna logo PH kecuali Keadilan akan guna logo sendiri.

 


PKR



DAP & AMANAH


PH guna logo PH kecuali Keadilan akan guna logo sendiri.

Berisiko tapi aku percaya ianya risiko yang berbaloi diambil. Logo PH terlalu sinonim dengan kata-kata Mahathir yang mengguris hati rakyat ketika menjadi PM bersama PH dahulu.
Lebih perit bila PH masih nak bekerjasama dengan para pengkhianat seperti Pejuang, Muda, Warisan bahkan kini PPBM. Jadi bila Keadilan menjarakkan diri begini agak tepat.
Melihatkan kegelojohan ramai pemimpin PH yang lapar kuasa hingga sanggup gadai maruah dan jilat ludah sendiri dengan mengutip semula pengkhianat ini, buat aku kecewa.
Serius, aku dah mula fikir lupakan terus politik. Aku tak dapat terima hakikat dalam PH ada yang rela dipatuk di lubang yang sama berulang kali. Terasa aku pun sama jadi bodoh.
Untuk aku, lebih rela aku biarkan musuh menang daripada aku menang tapi nanti ada orang dari pasukan aku yang rampas kemenangan aku dan berikan kepada musuh aku.
Kalau sekali kena pun dah nampak bodoh, apa lagi kalau kena berkali-kali. Lagi bila puak pengkhianat tu kita sendiri tahu tak kuat mana. Tiada akar umbi. Cuma nak pergunakan jentera kita sahaja. Itu pun masih lagi nak ikut.
Apa pun, aku doakan semoga Keadilan beroleh kejayaan. Tak apa tewas sebab Keadilan memang pembangkang pun. Yang penting maruah dan juga prinsip masih tetap terpelihara.