Indonesia dah semakin jauh ke depan. Sementara kita semakin
terkebelakang. Semuanya gara-gara rakyat terpedaya dengan hasutan kebencian
kaum oleh politikus rakus.
Ke mana hala negara kita? Sedangkan suatu masa dahulu kitalah
yang mendahului. Sekarang ini kita jauh ketinggalan. Dan dengan barisan
kepimpinan yang ada, tak nampak gaya kita mampu bangkit.
Semuanya bermula dengan rakyat. Kesedaran yang kurang di
kalangan rakyat akan isu negara selain membenarkan rasuah membudaya di negara
ini hanya kerana moto Melayu Islam akhirnya akan menjerumus negara ini ke
lembah kehancuran.
Bila tiba masa generasi baharu kita hendak ambil alih, negara
ini sudah rosak teruk. Rasuah akan terus berleluasa dan rakyat kian terpinggir
dan terus menderita. Marhaen miskin, kayangan kata raya.
Masih belum terlambat untuk sedar. Masih ada ruang dan waktu
untuk perbetulkan kerosakan ini. Buanglah sifat kebencian kaum dan tolak
pemimpin yang menunggang jenama bangsa dan agama.