Saya terpanggil untuk ulas tulisan sahabat saya, walaupun
setengah dari pendapat dia saya setuju tapi ada beberapa perkara yang saya rasa
tak betul.
Saya sendiri rasa bila PKR guna bendera sendiri untuk PRN Johor
tak mengubah apa-apa pun; mungkin 1%-2% sahaja. Masalah yang besar ialah
pengundi luar dan pengundi hypercritical tak pulang mengundi. Kalau mereka
pulang mengundi dan mereka berada di pusat pengundian, tapi mereka masih lagi
pilih untuk undi BN atau PN, sebab konon2nya PH guna logo Harapan, saya rasa
idea itu langsung tak logik.
Ini yang saya tak bersetuju bila kata PH kena bagi laluan pada
PN untuk kerusi Melayu; kiranya kalau pengundi PH datang pusat pengundian,
pastu PH tak bertanding, mereka akan undi PN dari undi BN. Saya bagi contoh DUN
saya sendiri Sementa yang mana ADUN nya Daroyah yang khianat ke Bersatu, lepas
tu Khianat lagi ke parti bangsa malaysia. Awak rasa kalau ada snap election di
Selangor dan PH tak bertanding di Sementa, saya nak undi pengkhianat tersebut?
Baik undi rosak atau pun tak mengundi langsung sebab kalau undi BN dah sah sah
penyamun, undi PN tak tahu apa pula yang mereka akan khianat. Jadi PH tetap
kena masuk bertanding, ini bukan soal politik cah keting, ini soal prinsip dan
PH kena jadi viable alternatif.
Lagi satu bila pengundi PH yang undi PRU14 dahulu adalah
golongan yang hypercritical, awak ingat mereka nak undi ke orang yang khianat
dan kleptokrat kalau PH tak bertanding? Kami ini bukanya walaun, di suruh undi
MCA mereka undi MCA, di suruh undi Gerakan mereka undi gerakan, sebab akal
mereka sudah di pajak pada pimpinan.
Berbalik pada tulisan sahabat saya tadi yang dia kata Dinasour
politik ini kena retire, cuma dia tak terangkan dengan jelas Dinasour sebab
umur tua atau pun Dinasour sebab lama dalam berpolitik. Saya dah acap kali
terangkan yang umur tidak releven, yang penting kena kuat (qawwi) dan amin
(amanah) dan itu yang jumhur ulama bersetuju. Sebab itu saya tak ada masalah
untuk sokong Mahathir jadi calon PM masa PRU14 sebab kita ingat dia akan buat
islah. Tapi apa yang dia buat adalah sebaliknya. Cuma kawan saya tadi tak
explain pula teori dinasour ini masa dia setuju Mahahir jadi calon PM pru14;
sebab itu dalam bidang saya (teknikal), you need to be fair and not bias. Kalau
awak kata A untuk si fulan, the same should apply to orang lain.
Lepas itu dia kata orang Melayu majoritinya tolak Anwar kerana
kes2 beliau. Bila dia tulis majoriti sepatutnya kena bagi data tapi simple pool
yang Sinar Harian buat tulis Anwar masih lagi calon terbaik untuk Perdana
Menteri. Here is the problem dengan statement ini, dari dulu saya pernah kata
Kes Mahkamah ini banyak jadi political tools untuk siapa yang berkuasa jadi PM,
tapi dia tak setuju. Contoh kes pecah Amanah SS dan salah guna wang, saya tak
pasti apa pendapat dia. Adakah konspirasi ataupun betul-betul kes jenayah? Kita
lihat masa PM PDF berkuasa berapa banyak kes yang di tarik balik oleh DPP (
bukan hakim lepaskan), ataupun bila ada Kes rasuah, tiba-tiba senyap sebab
sokong PN? Ini masalah dengan negara kita sekali tak ada reformasi politik.
Berbalik pada kes seksual dan jenayah pecah amanah, pecah amanah
lagi senang nak lekat, tapi kenapa dalam kes Anwar, konspirator berusaha sedaya
upaya untuk jatuhkan Anwar dengan politik lendir? Sebab mereka tak boleh
sabitkan Anwar dengan kes salah guna kuasa dan wang. Anwar waktu dia jadi TPM
dia tolak tawaran tanah atas nama Ayah dia. Berapa banyak pemimpin muda ( yang
bukan dalam dinasour poltik boleh buat benda yang sama?). Yang kita dengan ada
bising-bising 2 orang mantan PM bergaduh bab tanah, sorang tuduh beli tanah
harga murah, sorang lagi tuduh dapat tanah percuma, macam kuali tuduh belanga
hitam, padahal dua-dua sama.
Lagi satu kes liwat ini adalah satu konspirasi, ini saya bagi
bukti keratan yang Hakim Hamid Sultan Abu Backer dakwa dalam afidavit dia yang
ada campur tangan dalam kes di Makamah Persekutuan. Kita juga tahu yang salah
sorang dari hakim tersebut dapat laba dalam konsisi lebuhraya. Tapi apa yang
kerajaan waktu itu buat tentang afidavit tersebut? Nada. Kita faham implikasi
perundangan kalau hakim tersebut korup, nanti akan ada semakan semua kes yang
di adili oleh hakim tadi tapi ini adalah bukti yang saya selalu kata ada campur
tangan politik dalam sistem kehakiman kita.
Lagipun menggunakan perkataan majoriti Melayu tolak tanpa di
sertakan data itu sendiri tak ada locus standi. Kalaulah majoriti itu selalu
betul, tak adalah Nabi Nuh setelah berdakwah lebih 950 tahun masih gagal
yakinkan majoriti kaum dia. Orang Melayu tak semua kes malas berfikir, ada
ramai aje orang melayu yang progresif. Contoh yang marah pasal kes salah guna
akan CDS itu pun ramai juga orang Melayu, jadi persoalan yang yang sepatutnya
kena tanya, macam mana nak kembalikan kepercayaan pengundi kita pada sistem
demorkrasi yang telah di rosakkan oleh orang politik.
Saya juga tak bersetuju dengan kenyataan dia yang kata misi PKR
nak angkat Anwar Sebagai PM. Kalau Anwar jenis bengkok pada prinsip, saya rasa
dah lama dia jadi PM. Tengok apa jadi dengan PM kita sekarang, sudah la slow
macam sloth, bila tak ada prinsip ikut sahaja. Kes akaun CDS sendiri dia tak
berani kata apa-apa padahal semua orang tahu benda itu adalah kesalahan ikut
akan SC. Yang gila nak jadi PM ialah Din PDF. Dia ini kaliber pun tak ada boleh
melawak nak rotan rakyat di TV dan hanya pandai baca doa. Yang gila nak jadi PM
ialah orang yang dah jadi PM 2 kali lepas itu resign, dan nak jadi PM balik.
Ataupun yang ada 87 kesalahan rasuah tapi masih tak mahu letak jawatan sebab
that is the only chance for him to be able to contest and become PM.
Yes PRU15 is an up hill battle terutama sekali dengan kelelahan
pandemik, orang tak suka ahli politik etc. Tapi hanya dengan reformasi penuh
dari orang yang ada ciri-ciri islah sahaja negara ini boleh di selamatkan.
Bukan yang bising kleptokrat sana sini, tapi kalau siapa yang sokong dia, kes
selamat ( kes heli, kes 90 juta), ataupun yang duk tadah doa depan TV tapi
berkhianat, mungkin SSST lupa nasihat yang doa pengkhianat tersangkut di
langit.
PH banyak aje pemimpin pelapis gred A macam Maszlee, Adly, Saif,
Steven Sim tapi bila compare dengan Anwar, dia ini Rank S class. Selagi dia ada
tak salah kita cuba masuk PRU15 dengan kepimpinan Anwar. 22 tahun Anwar melawan
itu bukan perkara yang sia-sia, banyak reform yang kerajaan terpaksa buat,
contoh kebebasan berhimpun dan dakwat kekal. Kalau tak ada orang melawan 22
tahun lepas, silap-silap kita semua sudah dalam penjara sebab akta lalang atau
akta ISA (cuba teka siapa yang suka guna akta ini)
Wallahualam
MMMS