PRN JOHOR - BN BERGERAK SOLO BUKTI BN MASIH UTUH DAN DIPERCAYAI RAKYAT




Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari yang dimenangi oleh BN kini giliran PRN Johor bakal diadakan. BN Johor menyatakan ingin bergerak secara solo atas keyakinan kemenangan yang bakal diperolehi sebanyak dua pertiga pada PRN kali ini.

Keyakinan tersebut berikutan kerjasama serta kesepakatan antara satu sama lain yang pernah ditonjolkan berdekad lamanya sebelum ini. Percaya momentum PRN Melaka bakal direalisasikan dalam PRN Johor nanti.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad menegaskan mereka akan meletakkan keutamaan kepada pengundi golongan muda dalam PRN kali ini. Beliau turut memberitahu, manifesto bukanlah faktor utama tetapi manfaat yang diberi kepada rakyat adalah perkara yang lebih utama.

BN masih menjadi pilihan rakyat Johor berikutan keteguhan yang ditonjolkan sebelum ini tanpa ada apa-apa masalah dalaman. BN juga faham akan fungsi manifesto yang berfungsi sebagai outline supaya rakyat faham hala tuju kerajaan tetapi apa yang lebih penting adalah hala tuju kerajaan negeri bagi membela masa depan rakyat. Selain itu, BN juga amat mementingkan gabungan serta suara akar umbi.

Hal tersebut menunjukkan keprihatinan BN termasuk hal-hal kemakmuran dan kesejahteraan terutama sekali dalam dunia politik yang memberi impak besar kepada kehidupan masyarakat dalam dunia pandemik sekarang ini.

Semoga 750,000 pengundi di Johor dapat membuat keputusan yang bijak bagi melantik pemimpin yang berbakti kepada rakyat disamping membela nasib serta kesejahteraan negeri Johor Darul Ta’zim. Sejarah BN di Johor sudah terbukti selama ini.

#PRNJohor2022