EDISI TERKEJUT- USTZ DR ROZAIMI






Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

7hc8tlhSpo09l0il469oarthmmdl Saya tidak terkejut apabila melihat perkembangan terbaru dan kenyataan politik berhubung PAS dan UMNO. Ini kerana sejak dulu lagi pakatan politik bersifat anjal dan ijtihadi.

Apabila melihat kenyataan terbaru ustaz Mukhtar yang terbaru berkenaan UMNO (rujuk gambar 1, link asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4979305618795724&id=100001490058504), saya hanya mampu tersenyum kerana dari awal telah pun memberikan teguran kepada beliau apabila dulu beliau berkata kesepakatan ini akan membuatkan malaikat bertakbir bergema seluruh alam dan MN adalah piagam yang menggetarkan hati syaitan (Rujuk gambar 2 dan 3)

Melihat kenyataan baru beliau terhadap UMNO ini ingin juga kita bertanya soalan berikutnya:

Siapakah yang telah mengikut telunjuk syaitan sehingga menggugat kesepakatan kalian?

Sebab itulah jangan sewenangnya menundukkan istilah agama untuk kepentingan politik. Agama dan nas adalah panduan untuk orang politik, bukan tunggangan ahli politik. Ada beza antara dua keadaan ini. Tungganglah Vellfire umpamanya, janganlah tunggang agama. Sekadar pandangan.

Dr Rozaimi Ramle

 


No comments: