Kenyataan Media
27 Januari 2022
MENGAPA PNB, KHAZANAH, DAN KWSP BERI PINJAMAN KEPADA SYARIKAT
PERJUDIAN?
Saya ikuti pendedahan terkait tiga bank Malaysia, Malayan Banking
Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad yang dijangka
mengalami kerugian berbilion ringgit ekoran Genting Hong Kong yang diisytihar
muflis.
Menurut laporan media, ketiga-tiga bank tersebut telah memberi
pinjaman tanpa jaminan berjumlah AS$600 juta (RM2.51 bilion).
Saya mendesak Menteri Kewangan untuk segera menjawab persoalan
mengapakah bank-bank ini dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting
Hong Kong.
Ini adalah kerana kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad
(PNB), Khazanah, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang
saham terbesar dalam ketiga-tiga bank itu.
Bagaimana pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat perjudian ini
boleh diberi dengan sebegitu mudah?
Walaupun syarikat itu berdaftar di Hong Kong, pemiliknya adalah
ahli perniagaan Malaysia yang sekurang-kurangnya perlu diminta jaminan peribadi
atau simpanannya dalam syarikat yang dimilikinya di Malaysia.
Menteri Kewangan juga dituntut menjelaskan bagaimana pinjaman
RM2.51 billion ini akan dibayar oleh Genting Hong Kong yang sudah muflis.
Bagi saya, penjelasan ini perlu disegerakan bagi mengelak
skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong berulang.
ANWAR IBRAHIM