Negara berada di persimpangan peralihan teknologi pada Separuh
Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke 12 dan satu kajian menyeluruh harus dibuat
sebelum tahun 2026, yang mana RMK seterusnya akan dilancarkan.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam
sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK 12 di Putrajaya, petang tadi.
Menurut beliau, Malaysia perlu menarik masuk pelaburan di dalam
sektor yang bernilai tinggi daripada pengurus dana asing
Katanya, jika dana asing tidak masuk maka dengan itu nilai ringgit
akan jatuh, bursa saham rugi dan pelbagai implikasi buruk ekonomi akan berlaku.
"Wang ini dikawal oleh pelabur portfolio antarabangsa,
sebelum dia buat keputusan di mana dia nak agihkan, dia tengok kedudukan makro
sesebuah negara
"Sebab itu seperti 2 - 3 bulan kebelakangan ini kita tumpu
industri baru bernilai tinggi. Kita beralih kepada yang berasaskan tenaga,
bukan soal solar semata mata, ia sebenarnya soal industri bernilai tinggi pada
masa hadapan. Kerana 2020 - 2021 pelaburan baru terbesar di dunia bukan lagi
dalam bidang komputer tetapi bersabit peralihan tenaga.
"Mana mana negara yang terkehadapan dalam peralihan tenaga
maka mereka akan menarik pelaburan," katanya.
Oleh kerana itu, menurut Rafizi, kerajaan sedang berusaha untuk
menggandakan sasaran tenaga boleh diperbaharui negara sehingga 11 kali ganda
kapasiti daripada yang ada pada hari ini
"Untuk itu berlaku, kita kena menggandakan kapasiti tenaga
boleh perbaharui 11 kali ganda daripada sekarang sampai 2050, yang melibatkan
projek baru RM637 biion.
"Kita harap pelaburan masuk. Kita akan menumpukan meletakkan
Kuala Lumpur sebagai hub kepada industri digital, kita telah semak dan kita
yakin pilihan di antara Singapura dan KL sebagai start up hub rantau ini,
sebenarnya KL boleh menawarkan lebih banyak daripada Singapura.
"Tetapi tentu lebih banyak yang kita perlu buat dan pastikan
tenaga kerja kita ini boleh menampung dalam sektor digital," katanya
Rafizi turut menyebut Kuala Lumpur perlu menjadi antara 10 kota di
dunia yang boleh menarik masuk bakat bakat (talent) baharu masuk dan memulakan
perniagaan start up yang menjadi model utama perniagaan di negara maju pada
waktu ini.
Oleh itu, katanya terdapat cabaran dari pelbagai sudut,
termasuklah perancangan bandar yang perlu mengubah pembangunan sedia ada kepada
projek pembangunan yang kalis cuaca
"Juga pengangkutan awam yang jauh lebih tinggi penggunaannya
daripada sekarang. Supaya kerajaan dan rakyat dapat pulangan lebih baik dalam
pelaburan MRT.
"Pelaburan pengangkutan bas juga perlu menghubungkan stesen
MRT. Jika tidak, kerajaan sampai bila bila kena subsidi (MRT) yang tidak balik
modal) dan ia melarikan dana untuk sektor lain," katanya.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyentuh mengenai
perancangan kewangan negara dalam 5 tahun dan perlunya polisi subsidi untuk
semua ketika ini dialihkan kepada polisi subsidi bersasar.
Katanya, perbelanjaan yang betul akan memastikan negara tidak lagi
mewarisi defisit berterusan dan lebih banyak dana boleh dialihkan untuk
pembangunan.