Bila kerajaan nak bayar royalti
minyak dan gas Kelantan?
Kerajaan Perpaduan tertubuh
pada Disember 2022. Sebelum itu 33 bulan PAS berada dalam kerajaan. Berapa
royalti yang Kelantan dapat masa tu?
Kalau tak dibayar, kenapa PAS
tak desak kerajaan ketika itu? PAS dalam kerajaan, beberapa pemimpin PAS jadi
menteri. Takkan tak mampu desak?
Kalau dah dibayar, kenapa
masalah rakyat Kelantan masih tak selesai? Apa sudah dibuat dengan duit yang
banyak itu? Apa hasil dari duit royalti?
Tahun 2018 pentadbiran pusat
yang diketuai oleh Mahathir beri RM400 juta kepada kerajaan negeri Kelantan. Ke
mana duit itu dibelanjakan?
Masalah tak selesai. Bahkan
hutang negeri RM60 juta pun mahu kerajaan pusat selesaikan. Belanja
RM400,000,000 juta macam RM400. Hebat betul.
Kerajaan Perpaduan baru berusia
7 bulan, walaun sibuk main isu royalti konon jadi punca Kelantan mundur.
Padahal masa dia dalam kerajaan sikit pun tak terniat nak tuntut duit tu.
Alasan je semua tu.
Hakikatnya, sama ada duit
royalti diberi atau tidak kepada kerajaan negeri Kelantan, negeri itu takkan
maju kerana pemimpin mereka mandul idea.
Walaun tak usah main isu
royalti petroleum sangat la. Selangor dan Penang tak ada royalti juga bahkan
balak pun tak ada tapi masih mampu jadi maju.
Terima hakikat para pemimpin
PAS yang mentadbir Kelantan tidak pandai dan tidak serius memerintah. Itu
hakikat yang sebenar. Guane boh?
Raja Gelap
.