WAAA...PENIPU NI NAK LAWAN REFORMIS ?

 

Panas! Zafrul bakal calon Bersatu di Lembah Pantai lawan Fahmi Fadzil?

Panas! Zafrul bakal calon Bersatu di Lembah Pantai lawan Fahmi Fadzil?

Akar umbi Umno di Lembah Pantai dilaporkan sudah bersedia untuk bertanding semula di kerusi yang ia tewas dalam tiga pilihan raya umum (PRU) lalu, di tengah spekulasi bahawa Bersatu akan meletakkan calonnya sendiri di kerusi parlimen itu.

The Malaysian Insight memetik beberapa ahli Umno bahagian Lembah Pantai yang menolak khabar angin bahawa Bersatu mahu meletakkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz – yang kini seorang senator – dalam PRU15 nanti.

Berdasarkan laporan itu, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Ramlan Askolani berkata, parti itu mempunyai kelebihan dari segi kekuatan jentera akar umbi berbanding Bersatu dan PAS, untuk bertanding di kerusi yang disandang oleh pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil itu.

Malah, katanya, Umno juga mempunyai bilangan cawangan lima kali ganda lebih banyak berbanding Bersatu, yang menurutnya hanya mempunyai tidak lebih daripada 10 cawangan sahaja.

Disebabkan hal itu, katanya, timbul ura-ura bahawa ahli Bersatu bahagian itu mahu menyertai Umno.

“(Walaupun) mereka kata kita dah tiga kali kalah. Tetapi sebenarnya Tetapi sebenarnya kita kalah kerana isu nasional, sedangkan perkhidmatan kita (Umno) mereka (pengundi) rindu,” katanya.

Sejak diwujudkan pada 1984, kerusi parlimen Lembah Pantai secara tradisinya disandang Umno sehinggalah PRU12 apabila Nurul Izzah Anwar daripada PKR membuat kemunculan pertama dalam pilihan raya, mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil, penyandang kerusi itu selama tiga penggal.

Nurul Izzah turut menewaskan bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar, Raja Nong Chik Raja Zainol Abidin pada PRU13 sebelum dia bertukar kawasan, bertanding dan menang di Permatang Pauh dalam PRU14.

Bagaimanapun, kata Ramlan, Umno masih kukuh di kawasan itu kerana meskipun tewas di dalam PRU14, ia tetap berada di tempat kedua dalam persaingan tiga penjuru antara PKR dan PAS, dengan margin lebih 5,000.

Untuk rekod, PKR menang dengan 33,313 undi berbanding Umno 27,715. PAS pula, kata Ramlan, hanya memperoleh lebih 5,000 undi.

Oleh itu, kata Ramlan, pada PRU15 nanti, dengan kerjasama Bersatu dan PAS, Umno mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi dengan 63 peratus pengundi Melayu itu – setakat 2018.

Menurut laporan The Malaysia Insight, sejak suku ketiga tahun lepas, Tengku Zafrul muncul dalam pelbagai lawatan dan acara di Lembah Pantai, meskipun bekas pegawai bank CIMB itu dilaporkan tidak menyimpan sebarang cita-cita politik.

Sementara itu, seorang lagi ahli Umno Lembah Pantai, Ariffin Abu Nawas, 60, dilaporkan berkata tidak masuk akal untuk akar umbi Umno bekerja bagi calon daripada Bersatu di Lembah Pantai dalam PRU15 nanti.

“Gerak kerja pilihan raya macam mana nak buat? Umno takkan terima kalau mereka nak letak calon di sini. Tak masuk akal. Akar umbi takkan bagi undi (kepada Bersatu) di sini.

“Kemungkinan besar ahli Umno tak terima kalau Bersatu nak bertanding di sini,” kata Ahli cawangan Umno Kg Pasir Lama itu.

Sentimen anti-Bersatu dikatakan kembali marak dalam mesyuarat tahunan bahagian Umno minggu lalu, apabila 189 daripada 191 bahagiannya dikatakan menolak kerjasama dengan Bersatu, menurut laporan Utusan Malaysia.

Dua lagi bahagian di Kelantan dan Perlis, yang difahamkan Malaysiakini, salah satunya ialah bahagian Ketereh diketuai Setiausaha Agung BN Annuar Musa, dihujani kritikan hebat kerana pendekatan mesranya terhadap Bersatu.

Ketua-ketua bahagian Umno dilaporkan dijangka akan bersidang di Kuala Lumpur pagi ini bagi membincangkan kerjasama dengan Bersatu, disusuli dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok.

No comments: