PENGANALISIS meramalkan PAS akan meneruskan hubungannya dengan Bersatu dan meninggalkan Umno kerana dapat mengelak konflik besar rundingan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) berbanding rundingan dengan Umno.
Tidak seperti Umno, PAS tidak mempunyai masalah dengan Bersatu daripada segi pembahagian kerusi, kata pengarah eksekutif ILHAM Centre Hisomuddin Bakar.
“Kekuatan PAS ada di Kedah, Kelantan dan Terengganu di mana Bersatu tidak ada, dan PAS tidak akan berhadapan kesukaran untuk mendapatkan kerusi yang diinginkan di negeri-negeri itu.
“Sebaliknya, PAS akan selalu ada konflik dengan Umno yang juga kuat di Kedah dan Terengganu dan pada tahap lebih rendah, di Kelantan,” kata Hisomuddin.