FAEZUDDIN PUAD
1. Kononnya dulu ada pihak mendakwa jika ditubuhkan gabungan
parti-parti melayu dalam sebuah kerajaan maka rakyat akan menyaksikan
kestabilan politik dan sebuah kerajaan yang kuat.
2. Tetapi hari ini apa yang sedang berlaku? Kita semua sedang
menyaksikan pergolakan parti-parti melayu Islam.
3. PN-BN sedang bergolak teruk. Semalam, 189 Bahagian UMNO tolak
Bersatu sebagai rakan politik. Terbaharu, Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha
Agong BN.
4. Apa sudah jadi kepada laungan slogan muafakat melayu dan
melayu bersatu? Adakah dengan pergolakan ini bererti kerajaan melayu Islam ini
stabil dan kukuh?
5. Sekarang jelaslah semua yang dilaungkan Bersatu, UMNO dan PAS
cuma temberang politik. Kerajaan melayu Islam pula hanya retorik. Kestabilan
kerajaan pula tersasar sangatlah jauh.
6. Dengar khabar banyak lagi drama menarik akan menyusul selepas
ini. Sama-sama kita nantikan.
Sekian, Wallahualam.