RAFIZI BERGAMBAR DENGAN LEMBU KORBAN PUN MACAI MEROYAN.?



Sesuatu yang menarik di Hari Raya Aidil Adha, apabila Rafizi menaikkan status dan foto bersama lembu di FB nya telah mendapat respon dari ramai citizen.

Apa tidaknya, bila disebut lembu, semua terbayangkan Kak Ijat dalam skandal NFC atau "lembu dalam kondo" yang telah didedahkan oleh Rafizi sebelum PRU14 yang lalu.  Maka, melompat sakan dan meroyanlah puak-puak macai apabila Rafizi berselpi dengan "Kak Ijat".

Sekeping gambar selpi bersama "Kak Ijat" benar-benar memberi kesan kepada macai-macai.  Mungkin Rafizi tidak terfikir selpi bersahaja itu telah memberi kesan yang mendalam bak panahan menembusi dada mereka.  

Paling menyakitkan hati mereka apabila Rafizi menang dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi terhadapnya yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah.  Ini menunjukkan sememangnya ada "lembu dalam kondo" dan pendedahan Rafizi itu benar.  

Tahniah Rafizi.  Sekeping gambar sudah cukup membuat mereka sentap.  

WFAUZDIN NS

No comments: