TAK CERDIK... JANGAN SOKONG LA PARTI NI.

 




KEDUA² Ketua Penerangan parti ini gagal dan memalukan parti sendiri. Cuba untuk menjadi cerdik tapi tak cerdik rupa²nya. Mereka cuma membaca tajuk berita dan mengulas seperti level uunnnssstit dan cai sahaja bila PMX kata beliau yakin akan menang jika  Pru16 diawalkan. Mereka tidak membaca isi berita.




Si Fadhli terus berdalil kasihan rakyat walhal dia takut Pa$ akan kehilangan banyak kerusi.

Si Faisal pula berdalil rakyat bersedia menolak kerajaan walhal inilah peluang segera dia untuk menjadi calun.


Pa$ sedar mereka kini diperkuda oleh Ber$atu, tapi untuk bersendirian mereka tahu jalan untuk menjadi kerajaan semakin jauh. Sebab itu mereka bersungguh² untuk merujuk kembali bersama Umno. Jika hari ini Umno bersetuju bersama Pa$, kelmarin dulu lagi Pa$ akan cerai Ber$atu. Bukan susah pun untuk membaca gerak politik Pa$ yang terkenal dengan nikah cerainya.


Mereka sudah kehabisan isu, hanya bermodalkan slogan Selamatkan Malaysia. Kini dalam ceramah² mereka lebih menumpukan serangan terhadap PMX. dengan memberi pelbagai persepsi negatif.


Mereka sebenarnya dalam keletihan menunggu PRU16.