KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menyediakan satu bantuan kecemasan kepada golongan peniaga-peniaga kecil yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ supaya mereka mendapat bantuan kewangan segera.
Pengerusi Hal Ehwal Usahawan, Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pertimbangan ini perlu dibuat memandangkan peniaga-peniaga ini sudah kehilangan pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Menurutnya, sedangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pula semalam mengumumkan akan membayar wang Bantuan Prihatin Nasional pada akhir bulan depan atau Mei.
”Makcik Kiah tetap bersyukur apa yang diumumkan oleh kerajaan, tetapi kita yakin jika ditanya pada makcik Kiah beliau juga ingin dipecepatkan bayaran kerana perniagaan goreng pisangnya sehingga hari ini tidak dapat berniaga sejak PKP.
“Bagi saya tempoh ini terlalu panjang untuk peniaga-peniaga pasar malam, penjaja kaki lima, peniaga pasar tani dan penjaja warung yang pastinya lebih terjejas kerana mereka mendapat pendapatan harian.

Lantaran itu, Ahmad berbesar hati jika kesulitan peniaga-peniaga ini mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya oleh kerajaan.