KENYATAAN MEDIA DATO AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI

Salam,
Dua hari yang lalu, ada orang yang tidak bertanggung jawab telah membuat satu posting, kononnya rakyat yang mahukan bantuan makanan dan peralatan utk hindar diri dari wabak Covid 19 bolehlah hubungi saya dan Pegawai saya di Pejabat Parlimen Sg Petani pada bila-bila masa dalam masa 24 jam.

Disenaraikan semua nombor telefon semua pegawai saya. Ini Berita PALSU.
Semua bantuan di Kedah disalurkan melalui ADUN. Kerajaan Negeri telah pun agihkan bantuan ini melalui ADUN atau Penyelaras DUN.

Ahli Parlimen, seperti saya tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Namun saya masih membantu mana sekadar yang boleh.

Oleh kerana Posting yang PALSU ini saya dan Pegawai2 saya dihujani dengan ratusan panggilan. Saya amat simpati dengan pemanggil kerana mereka ditipu oleh posting yang tidak bertanggungjawab ini.

Saya telah kenalpasti siapa yang buat posting ini dan Laporan Polis dan Laporan ke MCMC akan menyusul. Hukuman kepada penulisan Berita PALSU amat berat.

Saya mohon maaf kepada pemanggil yang menalefon saya, yang tak sempat saya jawab.
Namun sebagai Adun Gurun, tindakan untuk DUN Gurun telah saya ambil. Jika ada lagi peruntukan sampai dalam masa terdekat ini, insyallah akan saya agihkan. Salam hormat, mohon semua jaga diri. Sekian,

- Dato'Johari Abdul.

No comments: