YAKINLAH, RAFIZI RAMLI AKAN TAMPIL SEMULA UNTUK BURU PENGKHIANAT




Susuk tubuh yang dirindui.  Kerja kuat tokoh muda hebat ini di dalam menjatuhkan rejim kleptokrasi pada PRU14 yang lalu sentiasa akan dikenang sampai bila-bila.  Malangnya, hasil usaha beliau dikhianati akibat nafsu tamak dan perangai jahat dari pemimpin dalaman sendiri serta dibantu pula oleh parti yang telah ditolak dan dicerca oleh majoriti rakyat dahulu.

Orang baik-baik tidak akan bersama atau bersekongkol dengan pengkhianat.  Apakah berbaloi kerja jahat yang telah mereka lakukan?  Lihat sendiri dan rasai sendiri.  Mak Cik Kiah goreng pisang akhirnya akan menyesal kerana terlalu cepat berangan untuk menjadi kaya.

Aku yakin, Sdr Rafizi Ramli akhirnya akan tampil sekali lagi untuk membalas dendam di atas pengkhianatan yang telah berlaku.  Beliau akan kembali mengorbankan dirinya sekali lagi demi untuk memulangkan kembali mandat rakyat yang telah dirampas dan dikhianati.  InsyaAllah. 

WFAUZDIN NS

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, kanak-kanak, dalaman dan makanan