Tiong kritik kewibawaan Menteri Kesihatan perangi Covid-19

Tiong kritik kewibawaan Menteri Kesihatan perangi Covid-19

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing mengkritik pendekatan yang diambil oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam mengetuai perjuangan keseluruhan negara disaat melawan pandemik Covid-19 ketika ini.
Katanya, pendekatan Dr Adham merangkumi pandemik adalah jauh dan tersasar serta tidak ke arah profesional.
“Perjuangan melawan pandemik adalah perlumbaan terhadap masa. Menteri Kesihatan harus mengetahui tanggungjawabnya dan menjadi lebih bijaksana dan tegas pada masa ini.
“Justeru, kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk penjagaan kesihatan dilihat tidak mematuhi keperluan standard perubatan di Malaysia.
“Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah sistem penjagaan kesihatan di negara ini mempunyai pengalaman dalam menangani Covid-19?” ujar beliau dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.
Tiong berkata, Kementerian Kesihatan sepatutnya mempunyai kelengkapan dan bekalan yang diimport dari China pada permulaan pandemik ini.
Jelasnya lagi, Dr Adham juga telah merosakkan reputasinya sendiri dengan menganjurkan minum air suam untuk memerangi Covid-19 baru-baru ini yang menimbulkan kecaman daripada ahli-ahli perubatan dan menyembunyikan keyakinan orang ramai terhadap kecekapannya untuk memimpin penjagaan kesihatan di negara ini.
“Saya amat kecewa melihat bahawa kita memerlukan Menteri Luar Malaysia untuk meminta bantuan China yang akhirnya China bersetuju membantu.
“Sepatutnys Dr Adham yang meminta bantuan dari sejak awal lagi. Kementerian Kesihatan kita sepatutnya mengadakan perbincangan dengan China sejak hari pertama untuk mendapatkan kepakaran dan sokongan perubatan mereka dan menjemput profesional perubatan mereka ke Malaysia untuk membimbing pasukan tempatan,” tambahnya.
Bagaimanapun, Tiong percaya bahawa tugas untuk mendapatkan peralatan perlindungan perubatan tidak seharusnya menjadi perhatian Kementerian Kesihatan kerana ia harus memberi tumpuan kepada bagaimana memperbaiki pertahanan dan kawalan terhadap penyebaran pandemik secepat mungkin.
Pada masa sama, katanya, Agensi Pengelolaan Bencana Nasional (NADMA) harus bertanggungjawab untuk pembelian peralatan dan sumber daya serta mendapatkan pembiayaan bagi menghindari pita merah dalam proses kelulusan pembayaran.
“Di sini saya memuji prestasi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham yang sepertinya bekerja sendiri dan mengetuai perjuangan negara menentang pandemik Covid-19,” ujar beliau lagi.

No comments: