ZIKIR YANG TIDAK MEMBAWA APA APA MAKNA.

 


Sekali sekala kita boleh cuba hadirkan diri ke halaqah zikir ahli tasawuf. Untuk rasai pengalaman rohani dan menyelami kesungguhan mereka yang ingin mendekatkan diri pada Allah SWT. Dengan demikian, mungkin memperolehi data zahiri dan batini untuk memberikan fatwa sesuatu praktis itu boleh atau tidak.



Jika orientalis boleh bertaqarrub dengan ilmu² Islam dan sumber ambilannya sehingga hasil kajian mereka menjadi rujukan kepada pelajar sarjana dari dunia Islam, kita yang sedia Muslim ini pun boleh luangkan masa dengan melazimi dunia tasawuf dan tradisi keilmuannya.


Iktikad dibentuk dengan ilmu akidah. Amalan dirujuk kepada ilmu syariah. Kelestarian hati dipupuk melalui ilmu tasawuf. Ketiga-tiga bidang ini ada ahl al-zikrnya.


Adalah salah menggunakan hanya satu disiplin ilmu untuk menghakimi ketiga² bidang yang berbeza. 


Saya mula sedar bahawa menjauhi ilmu tasawuf dengan bimbingan guru yang mursyid, akan mengeraskan hati dan mengontangkan jiwa. Akhirnya akhlak hilang serinya walaupun ilmu penuh di dada.


Dr HK

27.9.2024