UPDATE TIDAK RASMI) Majoriti 20,609 undi, 4 kali ganda berbanding PRN 2022


Update PRK N29 Mahkota

1. Peratusan turun Mengundi - 54%

2. Keputusan setakat ini: 


BN 27 941

PN 7 332

Majoriti 20 609


121/121 saluran

TAMAT.





(TIDAK RASMI) Majoriti 20,609 undi, 4 kali ganda berbanding PRN 2022


September 28, 2024 



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) melakar kemenangan besar di Dewan Undangan negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti 20,609 undi, empat kali ganda berbanding dicatat parti itu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dua tahun lalu.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika berkongsi data itu berkata, ia hasil kiraan undi tidak rasmi semua 121 saluran peti undi bagi Pilihan raya Kecil (PRK) DUN Mahkota sebentar tadi.


"Secara tidak rasmi, setelah seluruh saluran 121 dikira. BN mendapat undi 27,941 dan PN 7,332!


"Dengan ini, BN telah memenangi PRK N.29 DUN Mahkota dengan majoriti 20,609 (undi)" katanya mellaui muat naik di Facebook.


Pada PRK DUN Mahkota, BN diwakili Syed Hussien Syed Abdullah, manakala Perikatan Nasional (PN) diwakili Mohamad Haizan Jaafar.


PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.


Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam saingan empat penjuru bersama calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.


DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan berdasarkan lima pilihan raya yang berlangsung sejak itu menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN.