KEMPEN HIRUK MENJADI MEDAN CERAMAH..

 


Malam semalam saya ke Seremban ikuti siri  HIRUK kempen kem Rafizi. Saya tak mahu ulas apa yg dibicarakan tp saya dapat lihat HIRUK dari segi peluang untuk ahli dari kem Rafizi.


Pada pengamatan saya, pengumuman Izzah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden membuka ruang kempen yg besar kpd ahli2 lain yg bersama kem Rafizi.


Bayangkan kalau Izzah tak bertanding TP dan Rafixi menang tanpa bertanding, saya rasa suasana lesu utk kempen bg calon Naib Presiden, Ahli MPN, Ketua Wanita, Naib KW dan barisan exco dan Timbalan Ketua AMK dan barisan exco.


Semalam semua dalam kem Rafizi yg bertanding dlm jawatan2 di atas diberi peluang berucap dan perkenalkan diri, dalam dewan tak lebih dari 1,000 orang yg hadir tp yg tonton secara live di FB lebih dari 43K. Ini peluang emas yg mereka dapat memudahkan kerja kempen mereka. Mereka cuma perlu ikut dlm semua siri kempen HIRUK dan saya kira selepas ini makin ramai yg akan hadir dan ikuti secara live.


Bagaimana dengan kem Izzah? Setakat ini saya tidak tahu siapa calon Naib Presiden dan MPN yg sah berada dlm kem Izzah selain calon Ketua Wanita yg secara terbuka memberi sokongan kpd Izzah. Siapa calon Naib Presiden yg berada dlm kem Izzah? YAB Amir sblm ini juga memberi sokongan terbuka kpd Izzah, apakah tersenarai dlm kem Izzah? Tapi dlm siri pertama DAMAI Izzah di Ipoh, tiada kelibat Amir dan juga calon2 yg lain? 


Kalaulah DAMAI itu hanya platform utk Izzah seorang maka calon2 yg lain perlu bekerja keras dan menghabiskan duit yg banyak utk bergerak memperkenalkan diri.


Itulah saya lihat lebihnya mereka yg berada dlm ken Rafizi dari segi gerak kempen. YB Rodziah calon Ketua Wanita telah mula kempen di HIRUK semalam, bagaimana dgn YB Fadhlina? 


Inilah sekolah politik… melihat dan mengkaji.



No comments: