Ini anak Melayu serta wanita pertama negara yang berkhidmat di NASA, Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim.
Anak kelahiran Kelantan tapi membesar di Pulau Pinang ini sambung belajar di Universiti Minessota pada usia 17 tahun
Dan beliau terus sambung belajar di sana untuk 20 tahun berikutnya.
Di sana beliau mula cari peluang bekerja secara sukarela sebagai pencuci kanta slaid dan penutup mikroskop dari tahun pertama di universiti.
Itu sajalah kerjanya selama bertahun-tahun.
Tapi kerja inilah yang tarik perhatian profesornya untuk beri tugas yang lebih mencabar kepada beliau.
Pada tahun 2014, Dr. Wardatul dapat peluang ketuai projek nano satelit NASA untuk di bawa ke planet Marikh.
Masa ini beliau sedang bekerja di Universiti Purdue di Indiana.
Beliau juga pernah dapat peluang ketuai sepasukan saintis, jurutera dan jurutera untuk projek astrobiologi pertama NASA, SporeSet.
Dr. Wardatul berkhidmat sebagai saintis di Universiti Purdue sebelum buat keputusan pulang ke Malaysia dan capai impiannya berbakti kepada negara di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
....
* Hayati amalan bisnes billionair Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang boleh kita tiru. Dapatkan di sini 👇
https://tipbiz.ordersini.com/view/s/amalan-bisnes-syed-mokhtar-albukhary

No comments:
Post a Comment