RAMAI TAK BERMAKNA SUKA.

 

Nik Ainol



Ingat lagi masa kempen PRN Johor dulu. Ada seorang pemimpin daripada puak tersebut yang kata orang ramai datang kerumun Datuk Seri Najib sebab nak tengok pencuri.






“...nak tengok dekat-dekat betul ke dia ni perompak, betul ke dia ni yang dah dijatuhkan hukuman. Jadi jangan kita andaikan bila ramai datang itu kerana suka, mungkin mereka datang nak tengok wajah sebenar. Bagi saya ini satu perkara yang amat memalukan. Jadi kalau ramai keluar tu dia rasa seronoklah, tapi sepatutnya dia ada rasa malu.”


Lepas tu, puak yang sama, dia berpantun ke apa saya pun tak pasti. Tak tahu pula ditujukan kepada siapa, tapi lebih kurang begini bunyinya,


“pelari duit berjuta-juta , datang ke Johor berlagak pula” saya masih simpan video tu.


Sejak dari peristiwa tu, saya terus hilang rasa hormat pada pemimpin tersebut dan mula memandang parti tersebut dengan perspektif yang sangat berbeza dari sebelum tu.




No comments: