Dalam tempoh kurang 24 jam, dua kenyataan berbeza, “contradict” kata dek orang Kampung Bunut.
Susah juga nak tafsir apa kemahuan parti ini.
Malam mahu ke kanan, siang ke kiri pulak.
Cerita Private Fund Incentive (PFI) - Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (LTAK) sudah dijelaskan dalam Sidang DUN baru ni.
Apa yang susah sangat nak faham kita pun tak pasti.
Mungkin perlu ada sesi taklimat khas atau pun dibuat dalam bentuk lukisan.
Agensi negeri berkait LTAK ini juga saya percaya sentiasa bersedia untuk beri penjelasan jika pihak PAS bersedia juga untuk mendengar.
Soalnya, adakah benar - benar ingin tahu atau sengaja nak buat naratif tidak wajar.
Tapi tak apa. Memang begitu pun dari dulu.
Kita ni mudah saja.
Nak kawan, kita betul - betul. Nak lawan, fikir - fikir dulu berpadanan ke tidak.
Jangan jual mahal sangat, ada untung sikit ok lah.


No comments:
Post a Comment