KITA HILANG TOKOH INTELEKTUAL AGAMA

 

NORMAN RADZUAN



 Siapa Yusuf Al-Qaradhawi ulama yg sering dipenjara?

KITA HILANG TOKOH INTELEKTUAL AGAMA

Seluruh umat Islam menangisi pemergian Ulama hebat ini. Saya secara peribadi menganggap beliau sebagai tokoh intelektual Islam di era moden ini yg pandangannya sgt terbuka atau moderate.

Lima buku yg dikatakan wajib disimpan di setiap rumah karya agung beliau ialah Halal dan Haram Dalam Islam, Fatwa Kontemporari, Fiqh Keutamaan, Fiqh Jihad dan Fiqh Hiburan dan Rekreasi… jadi mari kita kenali siapa insan hebat ini.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab pada 9 September 1926. Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal Al Qur’an. Menamatkan pendidikan di Ma’had Thantha dan Ma’had Tsanawiz.

Qaradhawi kemudian melanjutkan studynya ke Universiti Al Azhar, Fakulti Ushuluddin dan tamat pelajaran di situ pada tahun 1952. Gelaran doktornya diperolehi pada tahun 1972 dgn disertasi “Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan” yg kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat.

Apa maksud disertasi? Disertasi dari segi metodologinya lebih teliti atau terperinci berbanding tesis. Sebuah buku yg sgt konprehensif membahas persoalan zakat dgn nuansa modern.

Kenapa Qaradhawi lewat meraih gelar doktor? Beliau terpaksa meninggalkan Mesir akibat kejamnya rejim yg berkuasa saat itu. Beliau terpaksa menuju ke Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universiti Qatar.

Pada masa yg sama beliau juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Beliau mendapat kewarganegaraan Qatar dan memilih utk tinggal di Doha.

Dlm perjalanan hidupnya Qaradhawi pernah pernah dipenjara sejak masa muda lagi. Di Mesir ketika berusia 23 tahun (1949) beliau dipenjarakan oleh Raja Faruk kerana penglibatannya dlm pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Pada April tahun 1956 beliau sekali lagi ditangkap di saat terjadi Revolusi Juni di Mesir. Bulan Oktober, kembali beliau ke penjara selama dua tahun.

Qaradhawi terkenal dgn khutbahnya yg berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalek. Alasannya khutbah Qaradhawi mencipta pandangan umum tentang ketidakadilan rejim saat itu.

Qaradhawi memiliki tujuh org anak, empat perempuan dan tiga lelaki. Sebagai seorang ulama yg sangat terbuka, dia membebaskan anak anaknya utk menuntut ilmu apa saja sesuai dgn minat dan bakat serta kecenderungan masing2.

Anak perempuan sulungnya memperolehi Doktor Falsafah dlm bidang nuklear. Anak perempuan keduanya memperoleh gelaran Doktor Falsafah dlm bidang kimia, anak perempuan ketiganya masih belajar. Anak perempuan keempatnya telah menyelesaikan pembelajarannya di Universiti, Texas Amerika.

Manakala anak lelakinya sulungnya mengambil bidang teknik elektro di Amerika, anak lelaki keduanya belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan anak lelaki bongsu pula telah tamat kuliah di Fakulti Teknik Jurusan Elektrik.

Sebab itulah Qaradhawi merupakan seorang ulama yg menolak pembahagian ilmu antara agama dan moden. Baginya ilmu Islamik dan moden terserah bagaimana seseorang melihat dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu menurut Qaradhawi telah menghambat kemajuan umat Islam.

Yusuf Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yg unik. Keunikan dan keistimewaanya kerana cara atau metodologinya dlm menyampaikan risalah Islam.

Lantaran metodologinya itulah beliau mudah diterima di kalangan dunia barat sebagai seorang pemikir yg selalu menampilkan Islam secara ramah, santun dan moderate. Sebanyak 125 buku telah beliau tulis.

Selain itu Qardhawi tidak berasa malu berbeza pendapat dgn senior-seniornya dlm pergerakan Islam seperti Sayyid Quthb, antara tokoh utama gerakan Islam moden Ikhwanul Muslimin.

Qardhawi berani mengkritik pemikiran Sayyid Quthb dlm bukunya yg amat popular "Ma'alim Fii al-Thariiq" (Papan Tanda Sepanjang Jalan).Bagi Qardhawi, perbezaan pendapat adalah sesuatu yg tidak mungkin utk dihalang.

Ini kerana selama terdapat sebab2 yg membolehkannya, maka perbezaan itu tidak akan pernah berakhir. Malah beliau berpendapat, sikap taksub yg terdapat pada sesetengah umat Islam, sering menimbulkan suasana yg tidak tenteram dan merugikan umat Islam sendiri.

Kata beliau ia kerana masing2 dgn penuh semangat mempertahankan pendapat masing2 dan menganggap pendapat merekalah yg paling benar. Benar Sheikh…Al Fatihah.

 

No comments: