Kenyataan Media
27 September 2022
Saya telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri selaku Ketua
Majlis Dewan Rakyat bagi mengambil tindakan segera untuk menangani krisis
kenaikan harga barang dan kejatuhan parah matawang negara yang menjejaskan
kehidupan rakyat.
Permasalahan ini ternyata amat mengesankan rakyat serta negara
dan ia perlu ditangani dengan kadar segera.
Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa
usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua
Pembangkang untuk mengemukakannya.
Saya turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan
untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang parlimen yang akan bermula 3
Oktober depan.
ANWAR IBRAHIM