14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah


 

Polis melakukan serbuan dan merampas wang tunai serta barangan lain di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail

 

Keputusan sama ada akan dipulangkan atau tidak barangan mewah milik Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor akan diumumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 November nanti.

Puluhan barang kemas, jam mewah dan beg tangan bernilai jutaan ringgit milik pasangan tersebut dirampas pihak berkuasa semasa serbuan di sebuah kondominum Pavilion Residences yang didaftarkan atas nama Obyu Holdings Sdn Bhd.

Pengumuman tarikh keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendengar mendengar hujahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah.

Dalam permohonan tersebut, pendakwa raya mem inta untuk merampas 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang dirampas daripada unit kondominium itu pada 17 Mei 2018; dengan kedua-dua Najib dan Rosmah menamakan diri mereka sebagai penuntut kepada barang yang dirampas.

 

No comments: