AGAK AGAK KALAU LAH DIA NI BUKAN SIAPA SIAPA...AGAK AGAK CEPAT DAK DAPAT BANTUAN NI ?

 

Nik Abduh buat permohonan ikut proses betul, tak timbul isu salah guna kuasa, kata exco




Tidak timbul isu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyalahgunakan kuasa dalam memohon bantuan untuk majlis perkahwinan anaknya kerana ia dilakukan mengikut proses betul, kata Exco Kelantan, Dr Izani Husin. (Gambar Facebook Nik Abduh)

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berhubung kemudahan untuk majlis perkahwinan anaknya.

Katanya, tidak timbul isu Nik Abduh menyalahgunakan kuasa dalam meminta bantuan kerana ia dilakukan mengikut proses yang betul.

Beliau berkata, berdasarkan proses biasa, jika ada permohonan dibuat mana-mana pihak, MPKB akan membuat penilaian sama ada boleh memenuhi permohonan itu atau sebaliknya, dan setiap kelulusan perlu disertakan bayaran.

“Bila ada permohonan, pihak MPKB boleh lulus dan boleh tidak lulus. Jika lulus, ada dengan bayaran dikenakan, itu prosedur biasa,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau turut menjelaskan kebanyakan persiapan majlis perkahwinan anak Nik Abduh dibuat atas kapasiti individu, termasuk khemah kenduri bukannya dari MPKB.

“Khemah kenduri semua ditempah sendiri YB Nik Abduh, yang tidak cukup saja beliau mohon dengan MPKB,” katanya.

Bagaimanapun, Izani menjelaskan tidak semua permohonan diluluskan Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin.

Beliau menjawab kritikan beberapa pihak berhubung isu itu, termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Nik Abduh atas dakwaan salah guna kuasa kerana meminta “kerjasama” daripada pihak berkuasa tempatan.

Terdahulu, tular surat permohonan bertarikh 20 Sept daripada Nik Abduh kepada MPKB untuk memohon kemudahan bagi majlis perkahwinan anaknya, termasuk perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan bantuan penguat kuasa bagi kawalan lalu lintas.

Terbaru menerusi Facebooknya, Nik Abduh berterima kasih kepada MPKB, Jabatan Kerja Raya dan polis yang menerima permohonan untuk turut sama membantu melancarkan majlis keraian dan jamuan rakyat dalam memastikan keselesaan pergerakan serta kelancaran lalu lintas, khususnya pada waktu puncak.

“Pihak MPKB sebagaimana biasa turut menyediakan tambahan tong sampah bagi memudahkan urusan pungutan dan pemindahan sisa pepejal bagi menjamin kebersihan (kesihatan) dan keceriaan kawasan sekolah dan masjid Tok Guru yang perlu dipulihkan dengan cepat,” kata Nik Abduh.

No comments: