MUSYUARAT PH TERENGGANU UNTUK PILIHANRAYA SELESAI





Alhamdulillah, pada Sabtu baru baru ini telah berlangsung Mesyuarat Pakatan Harapan Negeri Terengganu di Pejabat Amanah Terengganu.

Saya mengalu alukan kehadiran YB Nik Nazmi selaku Pengerusi MPN KEADILAN Terengganu yang baharu bersama sama dengan barisan kepimpinan terkini KEADILAN Terengganu. Selamat datang YB ke Terengganu!

Insyaallah, sedikit masa lagi Pakatan Harapan Terengganu akan mengumumkan beberapa perkara penting demi kepentingan rakyat Terengganu khususnya.

Doakan agar Pakatan Harapan Terengganu dapat memberikan satu kejutan dalam PRU15 tidak lama lagi.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

26 September 2022

 

No comments: