BETUL KE NIM.....BELUM SIASAT BETUL BETUL...BELI MERCEDES ...AIR KARAT...TUDUHAN NIK ABDOH MENGAKU ......TAK KANLAH MAKSUM SANGAT...BIARLAH SPRM SIASAT DULU.

 

Integriti pemimpin PAS tidak pernah tercalar, kata Hadi



Presiden PAS Abdul Hadi Awang pihaknya terbuka dengan siasatan SPRM terhadap tiga negeri pentadbirannya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan integriti pemimpin parti Islam itu tidak pernah tercalar susulan dakwaan menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Hadi berkata pihaknya terbuka dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap tiga negeri pentadbirannya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Suka-suka kata kita dapat RM90 juta Umno bagi dengan satu fitnah. SPRM dah siasat tapi tak ada bukti.

“Saya beritahu kepada SPRM siasat negeri yang PAS perintah… kita buka 24 jam pergi siasat, menteri besar, exco kalau bersalah sila tangkap, sila ambil tindakan, kita nak buang kalau ada yang macam ni,” katanya dalam sebuah video di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pada 9 Sept lalu, ADUN Seri Delima dari DAP Syerleena Rashid membuat laporan kepada SPRM terhadap Hadi atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Laporan SPRM itu dibuat selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dalam saman terhadapnya.

Saman itu susulan dakwaan Rewcastle Brown pada 2016 bahawa Umno didakwa memberi rasuah RM90 juta kepada PAS untuk mendapatkan sokongan parti Islam itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah, dengan Hadi dilaporkan membayar Rewcastle Brown RM1.4 juta pada 2019.

Sementara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memaklumkan, parti lain sudah sedia maklum dengan persediaan kewangan PAS dalam menghadapi pilihan raya, ia termasuk meminta sumbangan ahli mereka.

“Lepas pilihan raya umum dah kumpul duit untuk PRU akan datang, ada orang jual PAS yang jual tanah. Yang banyak tanah untuk bayar deposit orang jadi calon.

“Banyak kalangan PKR dan lain-lain tahu bila kita kerjasama, orang PAS banyak belanja, dia (parti lain) tak banyak belanja, lepas PRU lari, orang PAS bayar hutang. Ada tempat-tempat orang PAS kena bayar hutang, saya tak nak sebut tempat mana-mana,” katanya.

Menurutnya, PAS menekankan soal disiplin dalam parti dan mana-mana pemimpin yang membuat salah laku akan dipecat dari parti.

“Parti lain tak ada disiplin, kita berbeza dengan parti lain. Kita parti akidah, buat silap dipecat dari PAS. Masalah akhlak, masalah moral, parti lain tak peduli berbanding dengan PAS,” katanya.

No comments: