1. Ada orang tanya aku, awak enta marah sangat dengan orang PAS, padahal enta dulu ahli PAS, pernah jadi pemimpin PAS dan wakil rakyat PAS?
2. Aku tak marah semua orang PAS apatah lagi membenci. Adik-beradik aku masih ramai orang PAS, begitu juga kawan². Aku sayang mereka sekurang²nya sebagai saudara seagama.
3. Habis tu, kenapa enta asyik serang orang PAS? Pertama, kerana orang PAS sering serang aku. Kalau aku tunjuk semua tangkap layar messenger orang PAS kepada aku, hhhhmmmm....!
4. Aku tahu, orang yg mesej secara peribadi tu kadang² mengikut emosi dan bukanlah pemimpin PAS. Tetapi mereka dengan bangga mengaku mereka orang PAS. Dan memang mereka pentaksub PAS.
5. Kedua, pentaksub PAS banyak membawa mesej agama dalam bentuk yang tidak mendamaikan hubungan sesama manusia dan memburukkan wajah agama.
6. Lihat saja kenyataan Presiden PAS dalam Tweeter. Dia kata, orang Islam sejahat mana pun taubatnya diterima dan mati masuk syurga. Orang kafir, baik macam mana pun masuk neraka.
7. Kenyataan itu membawa imej negatif kepada Islam. Seolah-olah agama Islam membenarkan orang Islam buat apa saja. Rasuah, seleweng, makan duit haram sebab di akhirat tetap masuk syurga kerana keislamannya.
8. Orang kafir pula, baik macam mana pun, mati masuk neraka. Kenyataan itu secara zahirnya memang betul. Tetapi implikasinya ialah, tanggapan negatif orang lain terhadap Islam.
9. Seolah-olah Islam tidak mengutamakan urus-tadbir yang baik, integriti dan akhlak. Padahal, tunggak keindahan agama adalah akhlak. Tanpa integriti dan akhlak, agama akan dipandang hodoh dan menyusahkan.
10. Ketiga, orang PAS masih tebal dgn faham takfiri. Ya, mereka tak sebut secara terang, kamu kafir atau masuk neraka. Tetapi ada perkataan lain yang membawa maksud ke arah mengkafirkan orang Islam.
11. Misalnya, aku ditanya, bila hang nak pegang dgn Islam sebenar? Bila hang nak kembali kpd Islam? Bila hang nak taubat nasuha? Hang masih kekal dengan liberal sekular? Hang tak mau masuk syurga?
12. Soalan² sebegitu bagi aku membawa maksud keraguan kepada keislaman orang lain. Itu pintu² takfiri yang sewajibnya ditutup rapat, bahkan cuba dibuka sedikit demi sedikit yang akhirnya pintu itu terbuka luas.
13. Pintu takfiri jika terbuka akan membawa pertumpahan darah dan huru-hara. Umat dan negara akan punah dgn fahaman dan amalan takfiri.
14. Cukuplah sekadar itu dulu. Ada lagi yang lain. Aku tidak ada masalah utk berbeza pandangan secara positif, tetapi aku tidak boleh menerima ketaksuban sama ada taksub kepada kumpulan atau individu.
15. Aku sayang dan raikan semua orang. Tapi jika ada yang melampau, aku akan balas balik. Awat hangpa ingat aku batang pisang yang hangpa boleh tunjai tak ketahwan lagu?
*Zola*