ARAK, PEMANDU MABUK DAN PROPAGANDA KAUM




1. Kecoh baru-baru ni, kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk. Kes maut pulak makin meningkat masa PKP. Dah sah-sah masa ni kilang arak dilarang beroperasi. Masih mangkuk-mangkok ni dapat bekalan dan belasah memandu ketika mabuk. Menyusahkan orang sampai bawak maut. Yang maut bukan sahaja orang ramai, penjawat awam makin ramai pula yang terkorban. Al-Fatihah buat mereka.
2. Kalau kita lihat jumlah kes yang dinyatakan oleh PM8, kes tahun 2020 sahaja iaitu dari Jan-Mei sebanyak 21 kes. Tahun 2019 yang secara total sepanjang tahun ialah 23 kes. Beliau pun bimbang dengan angka yang makin meningkat. Ini hanya takat bulan Mei. Kalau tunggu sampai hujung tahun, nescaya lagi teruk.
Kalau nak ikut perbandingan, kes tahun 2015-2017 adalah lebih tinggi daripada ketika zaman PH memerintah. Boleh dikatakan masa zaman PH lah kes pemandu mabuk ni antara paling rendah. Boleh tengok data dibawah.
3. Walaupun begitu, ketika PH memerintah dalam tempoh 22 bulan itu, kes pemandu mabuk diapi-apikan macam nak kiamat. Penunggang agama dan walaun prejudis bangsa gunakan isu ini untuk bangkitkan isu perkauman dan agama. Ada yang marah sampai doakan Menteri PH kena langgar dengan pemandu mabuk. Punya la teruk perangai. Ada kalangan pemimpin sebuah parti Islam siap sound: “Jangan budayakan arak dalam masyarakat”. Gempak gempita suruh diharamkan arak di Malaysia.
4. Namun demikian, tuan puan tengok. Sekarang walaupun jumlah kes lagi akan jadi lagi teruk daripada tahun 2019, senyap sunyi alam FB dan Twitter. Suhu perkauman dan prejudis bangsa dah menurun. Takde lagi ratib nak suruh Menteri Agama sila meninggal, takde lagi kecaman ke atas Menteri Pengangkutan. Walhal dua-dua Menteri Pengangkutan zaman PH dan PN berbangsa Cina. Sekarang isu pemandu mabuk bukan lagi dibuat isu agama dan bangsa.
5. Jadi sekarang kita dah nampak. Hiprokrasi tahap dewa yang mereka ada. Zaman sekarang, kurang dah ratib haramkan arak di Malaysia. Setiausaha Agong PAS yang juga Menteri Undang-Undang dah senada pandangan dengan bekas Menteri Pengangkutan DAP. Kaum minoriti pun ada hak. Hak untuk minum arak tak boleh di sanggah. Yang penting perlu ada kawalan yang berkesan. Namun sangat susah untuk arak diharamkan.
6. Ada seorang pensyarah kanan juga tak habis ratib kes pemandu mabuk ni salah Kerajaan dulu. Dah tukar Kerajaan pun sama je dalil beliau, PN tak salah yang salah PH dulu. Katanya sebab lembap nak bentangkan di Parlimen. Ikut pengalaman beliau la, 2 minggu draf dah boleh siap. Kenapa tak dibuat masa PH memerintah. Saya yang heran punya lah banyak kes sebelum tahun tahun 2018 dan 2019, pernah ke dia salahkan Kerajaan dulu. Pernah ke dia mendesak sampai begitu?
7. Saya juga cabar beliau kalau betul mendesak, tolong sarankan Kerajaan PN masukkan pindaan dalam Parlimen sesi Mei baru ni. Tolak tepi undi tak percaya PM8 dulu. Tapi sebab kita memang nak sekang kes pemandu mabuk, harus dan wajib bentangkan Rang Undang-Undang tersebut secepat mungkin. Takde pulak saya nampak beliau desak untuk percepatkan pindaan kepada Kerajaan PN, sesi Mei pun dah terlepas. Walhal segala draf pindaan dah ada di Jabatan Peguam Negara. Hanya tunggu kelulusan Kabinet PN untuk dibentangkan di Parlimen.
8. Apa yang Menteri Pengangkutan PN buat? Suruh pemandu mabuk ambil Grab jangan memandu. Lepas tu, buat pulak bancian awam dalam talian. Berbulan lagi ambil masa untuk buat semua tu. Draf yang pensyarah kanan cakap boleh siap 2 minggu, dah jadi makin lama dan lambat. Sampai la ni tak masuk Kabinet. Katanya nak masuk bulan Julai. Tupun kita harap sangat. Tapi pensyarah kanan UUM terus senyap. Ada satu Mufti dulu yang bising pun, sekarang dah tak banyak bunyi.
9. Jadi kita yang di bawah ni, macam biasa kena main dengan politikus haprak penggunggang agama. Dulu katanya sebab Kerajaan kafir, arak dibudayakan dalam masyarakat. Maka kes pemandu mabuk terus meningkat. La ni, Kerajaan Melayu Islam (please jangan sebut depan MCA, nanti kena hampuk) kes lagi mencanak-canak. Jadi apa cerita? Dengan sedapnya keluar dalil-dalil yang jelik didengar. Dah hilang dah ratib benda yang katanya perlu dibuat dulu.
10. Saya pernah buat suatu posting tentang isu arak yang dipolitikkan. Tuan Puan boleh baca kalau berminat. Yang ni saya hentam PH dan PN. Disensasikan isu arak untuk kelangsungan politik. Mainkan dan manipulasi sentimen rakyat untuk kepentingan mereka-mereka. Ada juga saya buat perbandingan undang-undang di negara lain mengenai arak. Harap-harap ramai yang boleh buka mata.
11. Yang pastinya, kita pengundi ni jangan cepat sangat termakan propaganda politik. Depa kata untuk bangsa dan agama. Padahal, yang paling utama hanya untuk mereka meraih kuasa. Sembang kencang dulu, bagi rakyat panas. Timbulkan isu kaum dan agama benda yang paling senang.
12. Bila dah memerintah, baru tahu langit tinggi rendah. Dah boleh kita nampak, keluar la segala dalil dan helah. Ingat, yang untungnya mereka, kuasa dah ada di tangan, jawatan dan gaji GLC dah merasa. Yang kita, menganga… terpaksa la hadap kes pemandu mabuk yang makin berleluasa.
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki



No comments: