BUANG SIFAT EGO, PENTINGKAN DIRI DAN TAMAK DEMI RAKYAT



Saya amat bersetuju dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr Abbas Azmi bahawa formula utama menjayakan misi mengembalikan mandat rakyat adalah dengan menggabungkan kekuatan tiga tonggak pimpinan utama parti dalam PH iaitu Keadilan, Dap, Amanah serta kumpulan Tun M dan Warisan.
Saya yakin seluruh rakyat Malaysia yang mahukan mandat yang telah mereka berikan di dalam PRU14 lalu diambil segera dari tangan pengkhianat yang kini menerajui kerajaan.
Soal siapa PM telah pun dipersetujui bersama awal lagi sebelum PRU14 iaitu selepas Tun M adalah Anwar Ibrahim. Rakyat tahu perkara ini kerana ianya sebahagian dari janji-janji di dalam manifesto PH walaupun manifesto itu bukan 'kitab suci'.
Tun M telah kita tabalkan sebagai PM sejurus kita menang PRU14. Selepas 22 bulan, Tun M sendiri meletakkan jawatan tanpa diminta oleh Majlis Presiden bahkan tidak dimaklumkan langsung, meskipun keputusan Mesyuarat Majlis Presiden sebelum itu telah memberi keizinan kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga melebihi dua tahun iaitu selepas persidangan APEC seperti yang diidamkannya dan tarikhnya terpulang kepada beliau. Malangnya, beliau meletakkan jawatan juga walaupun Agong turut menasihatinya agar tidak berbuat demikian.
Maka, berakhir lah era Tun M sebagai PM pada saat itu. Kini kita memasuki era baru iaitu perjuangan bagi mendapatkan kembali mandat rakyat yang telah dirampas secara jijik dan kotor itu. InsyaAllah, sekiranya kita berjaya kali ini, sudah tentulah tiada calon lain untuk kita tabalkan sebagai PM, kecuali giliran Anwar Ibrahim. Ini bertepatan dengan yang kita janjikan iaitu selepas Tun M adalah Anwar untuk calon PM bagi PH.
Tidakkah mudah untuk kita buat keputusan sekiranya kita berpegang kepada hiraki dan janji? Mengapa ianya nampak sukar? Tidak lain tidak bukan adalah kerana ada pemimpin yang masih merasakan belum cukup puas untuk berkuasa. Ada sifat ego dan tamak. Tidak mahu mengalah dan hanya mengharapkan orang lain sahaja mengalah. Ada yang mahu berkuass bukan untuk merealisasikan agenda rakyat yang tertangguh, tetapi hanya untuk membalas dendam kepada musuh-musuhnya.
Selagi ada manusia seperti ini, selagi itulah sukar untuk kita gembeling tenaga bagi mendapatkan mandat rakyat. Akibat keegoaan dan ketamakkannya, rakyat menjadi mangsa. Pengkhianat yang beruntung kerana sikapnya itu. Sehubungan itu, ubahlah sikap dan berlaku adil lah. Apabila kamu naik, kamu disokong. Sekarang tiba masanya kamu pula menyokong.
WFAUZDIN NS



No comments: