Jangan panik…BN tidak kuat sebenarnya

 

NORMAN RADZUAN


Apa yg kita patut kita pelajari kekalahan demi kekalahan

JGN LAGI SALAHKAN RAKYAT… MUHASABAH DIRI

Utk siri pertama ini ingin saya beritahu… jika anda tidak bersetuju dgn saya just abaikan. Ini zaman semua org boleh menulis tidak seperti zaman saya dahulu… saya menulis, org beli surat khabar dan mereka baca. Terima atau tidak terpulang.

Zaman era edan ini.. semua hendak bersuara. Tak mengapa kita menghormati perbezaan pendapat tetapi kita juga kena hormati penulis yg menulis di wall mereka.

Kenapa saya guna gambar hiasan di bawah ( konon Najib seorang tewskan kesemua musuh). Signifikannya seperti apa yg berlaku di dlm filem Enemy Of State apabila Will Smith bring both problerm group (gangster/ mafia and Police/G- Men ) together utk saling berbunuhan.

Hebat sgtkah Najib? Jawapannya tidak…Dari sumber awal mengatakan BN hanya memperolehi 43% undi dan pembangkang memperolehi 57% undi. Maksudnya walaupun hanya 55% bangsa Johor mengundi mereka tetap menolak BN.

Jadi di mana kekuatan Najib dan hebat sgt kah Najib? Jawapannya tentulah tidak sb masih ada yg waras menolak penyamun. Mantan rakan media menulis di wallnya malam tadi.. baginya Najib tidak hebat… yg hebat adalah ‘team media’ atau team propaganda Najib yg mampu mengangkat Najib yg disabitkan dgn hukuman penjara menjadi hero rakyat.

Kata rakan tu lagi semua org politik boleh jadi seperti Najib. Tapi malangnya tak semua org mahu keluar duit seperti Najib. Saya bersetuju dgnnya seperti quotee ‘People say if you pay peanuts, you get monkeys.’

Saya juga merasakan sudah cukup kita menyalahkan pengundi2. Kita kata mereka ‘bodoh’ pilih penyamun dan sebagainya. Kali ini cuba kita muhasabah atau lakukan post mortem kenapa mereka tolak kita. Jgn asyik menyalahkan lawan dan pengundi sampai kita tak tahu weakness kita.

Saya dah tulis 3 kali sepanjang kempen PRN Johor. Isu populis.. dlm politik Malaysia… pengundi mahu tahu apa yg kita tawarkan. Adakah seperti yg mereka mahukan.

Yusuf Haslam filem dihentam sebagai filem sampah seperti Sembilu 1&2, Maria Mariana, Gemilang, Pasrah dan mcm2 lagi… tapi filem Yusuf Haslam tetap berjuta jualan tiketnya sb dia buat filem apa yg org Melayu nak tonton. Begitulah dgn cara kita berpolitik… kita bukan berpolitik di Sweden atau Jerman… kita ni nak masuk Bukit Kepong.

Di Johor dan di Melaka saya melihat pengundi Melayu lebih percaya kpd parti yg dilihat kuat ‘Kemelayuan’nya. Trust mereka ke arah itu. Ya kita maklum pengundi luar bandar agak racist.

Ada bertanya kenapa pengundi Cina beralih arah hingga DAP hilang byk kerusi. Acapkali saya kata pengundi Cina mereka tidak taksub dgn parti samada MCA, Gerakan dan DAP. Pengundi Cina telah menghukum DAP sejak PRK Tanjung Piai lagi.

Dari PH menang kerusi tersebut PH boleh tewas 15 ribu undi. Punca bila LGE sekat bajet UNITAR milik bangsa mereka. Sebab itu saya kata Najib bijak main isu populis.. di Parlimen atau media sosial dia tunjuk jaguh main isu KWSP.

Di kawasan Cina Johor dia main isu bajet UNITAR yg dipotong oleh LGE hingga bertepuk tangan pengundi. Cina di Johor. Bab pendidikan jgn main2 dgn bangsa Cina…mahu tak mahu kita kena akui Najib licik berpolitik.

Pada isu selepas PRN Melaka dlm analisis saya ada beritahu bahawa isu logo bukan faktor utama kekalahan PH. Namun ditolak oleh rakan penganalisis dlm hujahnya saban malam… dia tidak bersetuju dgn saya. Baginya logo itu penting.

Saya balas hujah tersebut atas kepercayaan saya apabila PN mengatasi PH dlm byk DUN di Melaka. Sdgkan PN logonya masih baru ketika itu tapi masih boleh menang.

Di Johor membuktikan sekali lagi logo bukan faktor penting. MUDA menang di Puteri Wangsa. MUDA parti yg baru diluluskan beberapa bulan mampu menang tetapi PKR yg sudah 22 tahun hanya mampu menang 1 kerusi seperti MUDA. Malah di Larkin parti PKR dan MUDA dibezakan hanya 1,500 undi.

Apa kesimpulan di situ selain logo tidak berperanan menentukan kemenangan? Maksudnya MUDA ada kekuatannya sendiri. Sila baca artikel saya 3 minggu lepas saya ada memberitahu MUDA ada tarikan tersendiri di kalangan pengundi muda.

Malah sebelum ini saya ada menulis Bersatu menyumbang 10-15% kemenangan PH di Johor… rupanya dari PRN Johor ini lebih dari itu. Tapi seperti biasa ramailah yg menzahir rasa tidak bersetuju dgn hujah tersebut kerana beranggapan PKR boleh tanding sendirian.

Faktanya begitu banyak DUN PN mengatasi undi PH atau PKR. Di Machap, Semerah, Larkin, Sungai Balang, Bukit Kepong, Benut, Kukup, Tiram, Permas, Penawar, Tanjung Surat, Johor Lama, Pasir Raja, Panti, Tenggaroh, Kahang dan byk lagi PN mengatasi PH.

Jadi apa yg perlu kita lakukan? Jika saya menjadi DS Anwar sebagai Presiden PKR/PH beliau dlm situasi sukar. Apatah lagi ahli2 partinya yg sentiasa lantang bersuara hingga DS Anwar terpaksa akur menggunakan logo sendiri.

Nasib baik DS Anwar tidak akur utk bertanding sendiri. Itu belum lagi kalangan ahli dan pemimpin Amanah akn bersuara sehari dua ini Anwar sudah tidak relevan. Berat apa yg ditanggung DS Anwar.

Dlm PKR sendiri… adakalanya saya melihat kita terlalu angkuh. Sikit2 mahu kita bertanding sendiri…malah ada rakan2 sinis menulis di wall saya… buat apa org itu pengkhianat, tak sependapat dgn individu tertentu sahaja org itu kartel (malah ada yg message bertanya kenapa saya bawa Aishah sb dia adalah kartel).

Bila saya katakan parti juga memerlukan Rafizi saya dituduh sebagai team Invoke dan bermacam mcm lagi. Itu tak kena ini tak kena sdgkan dlm tempoh 3 tahun ini kita gagal dlm setiap PRK dan PRN. Bila semua org boleh menulis begitulah…Description: 😄

Bila saya tulis kita tak mampu sendirian ada juga marah dgn saya. Dgn alasan kita ada 1 juta ahli. Jadi saya nak tanya… di mana kita nak cari 4 juta undi lagi? Saya katakan jika kita sendirian… PKR pastinya akn hilang N9 dan paling menyedihkan akn kehilangan Selangor. Kita kena rasional/realistik.

Andaikata DS Anwar duduk semeja dgn TS Muhyiddin saya pasti ada kelompok yg akn menulis… kami tak mahu bersama pengkhianat. Sdgkan politik ini dinamik. Kita kena belajar dari BN bagaimana mereka berpolitik (tolak korupsi mereka).

UMNO/BN dari parti yg hampir diharamkan, memperkudakan PAS parti yg mengkafirkan mereka ketika mereka lemah. Kemudian bila mereka kuat… mereka tinggalkan PAS dan berlawan kembali walaupun PAS merayu utk bersama mereka.

Bezanya dari pembangkang mereka kini jadi kerajaan tanpa perlu pilihanraya dgn menggunakan kesempatan itu menjatuhkan satu persatu kerajaan mandat rakyat. Itu seni politik mereka sb mereka tak jadikan UMNO ini Universiti. Licik tapi berjaya.

Saya tidak hairan jika ramai yg akn menghentam DS Anwar jika berunding dgn Muhyiddin. Saya sekadar mahukan isu populis dimainkan disindir oleh MP PKR tapi apabila Presiden akur pengeluaran KWSP di saat akhir PRN Johor… MP tersebut diam membisu.

Hasil kajian saya jika pembangkang bersatu… BN tidak boleh memerintah Johor. Malah mereka hanya mampu menguasai 15 DUN paling tinggi. Yg lain itu akn menjadi milik pembangkang.

Bagaimana kita boleh menang dahulu? Sebab kita bersatu dlm pembangkang. Bagi saya faktor 70% pengundi diperlukan utk kita memenangi PRN Johor bukan faktor utama kita tewas… kita tewas kerana kita tidak bersatu. Kalian boleh lihat setiap undi DUN diperolehi jika pembangkang bersatu BN tidak akn jadi kerajaan di Johor.

Kita dpt melihat dgn fakta keputusan PRN Johor semalam. Anwar, Muhyiddin, Hadi Awang, Mat Sabu, LGE, Syafie Apdal ini masing2 mempunyai pengaruh tetapi masing2 ada ego tersendiri.

Jika tanya saya bila melihat video desakan penyokong BN mahukan Ismail Sabri membubarkan Parlimen… Anwar dan Muhyiddin kena berjiwa besar duduk dimeja rundingan bagaimana utk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa.

Masa sudah tidak banyak lagi. Formula mudah…Contoh jika PRN16 Johor nanti.. mana2 kawasan PN mengatasi PH kita serahkan kpd PN. Begitulah sebaliknya.

Bagaimana jika mereka khianat? JIKA… tapi JIKA tak berpakat yg pastinya kita tak akn jadi kerajaan. Kita kali ini bukan perlukan khemah besar tapi perlukan STADIUM BESAR utk berlawan dgn BN. Kuasa itu penting utk melakukan reform. Ambil peluang yg ada dari mencuba kpd situasi yg kita tidak berpeluang langsung (slim chance).

Kesilapan PH waktu memerintah cuba jadi seperti Morsi di Mesir (cepat mahu reform) dan bukan seperti Erdogan di Turki (ambil masa yg lama dgn pendekatan psikologi). Kita memerintah pula mcm cara kita berkempen iaitu terlalu akademik dan terlalu ghairah nak tunjuk kita ini parti intelektual.

Kita potong bajet rakyat konon suruh berjimat, kita tak benarkan rakyat hisap rokok dlm kedai mamak utk kesihatan, kita kononnya amalkan demokrasi media dan akhirnya semua ini memakan diri sendiri.

Namun nak salah PH 100% selain kebodohan beberapa pemimpin pun tak boleh juga sb kita tahu PH telah disabotaj oleh Mahathir.

Masalah pembangkang kita berlawan sesama sendiri. Kita tak mahu Najib jadi PM dan dlm masa sama parti pembangkang juga ada yg tak mahu Anwar jadi PM. Pecah dan perintah Mahathir telah menghancurkan harapan rakyat.

Apapun kpd rakyat Malaysia kita jgn panik. Pertama kerana undi popular di Johor kita masih mengatasi BN. Kedua kita ada masa utk duduk berbincang dgn parti2 pembangkang. Ketiga PRU15 jika kita mencapai peratusan yg tinggi sedikit peluang PH lebih cerah, keempat undi anak muda dilihat memihak kpd pembangkang.

Ada yg kata Cash is king (rasuah sampul surat)… ia faktor sampingan membantu BN. Tapi ia tidak boleh dijadikan dalil utama sb PRU14 pun mereka main duit tapi pembangkang bersatu ketika itu. Secara umumnya majoriti rakyat Malaysia masih bencikan BN kerana kletopkrasi.

Bersambung… apa yg perlu PKR lakukan segera sebelum Perak atau Kedah??? Apa yg berlaku di Johor ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh’.

 

No comments: