PRN Melaka: Maznah calon terbaik Pakatan Harapan di Dun Ayer Limau


PRN Melaka: Maznah calon terbaik Pakatan Harapan di Dun Ayer Limau


Puan Mazenah Baharuddin hanya Ketua Awan kawasan Masjid Tanah, Melaka sahaja tetapi dalam pilihan raya negeri  (PRN) Melaka ini beliau telah dipilih sebagai satu-satunya calon wanita AMANAH.

Beliau diberikan tanggungjawab untuk menjadi calon Pakatan Harapan (PH) oleh AMANAH di DUN Ayer Limau dalam PRN ini.

“Terima kasih atas kepercayaan AMANAH dan PH kerana memilih saya.

“Kenapa saya terpilih, kena tanya ketua saya Datin Mahani, Ketua Awan Melaka,” kata Maznah merendah diri ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Maznah masih terkejut, selepas nama beliau diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PH di DUN Ayer Limau.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk PH dan AMANAH,” kata Maznah yang banyak terlibat dalam bidang kewangan ketika beliau bekerja.

Beliau yakin dengan pengalaman dalam dunia korporat dan kewangan yang ada, beliau dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Ayer Limau dan juga Masjid Tanah jika terpilih nanti.

“Saya banyak dalam bidang finance sejak dari awal bekerja dan kebanyakannya di Lembah Klang. Sekarang saya dapat berkhidmat untuk kampung saya sendiri,” katanya yang bekerja di syarikat swasta di Shah Alam sebelum ini.

Walaupun wanita, Maznah amat aktif ditempat beliau tinggal. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Penduduk dan juga KRT, Taman Jati Indah, Alor Gajah tempat beliau tinggal.

Maznah antara calon-calon wanita yang dikemukakan oleh PH dalam pilihan raya negeri Melaka kali ini.

PKR mengetengah mahasiswa berumur 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir, untuk bertanding di Sungai Rambai.

DAP pula memperkenalkan muka baharu mereka iaitu Leng Chau Yen, 37, yang akan bertanding di DUN Bandar Hilir.

No comments: