Selepas Covid-19, Bill Gates beri amaran satu serangan penyakit baru pula

 

November 8 , 2021 

Individu keempat terkaya di dunia, Bill Gates memberi amaran negara antarabangsa perlu bersiap-sedia menghadapi serangan cacar yang mungkin menjadi pandemik baharu pada masa depan.

Menerusi wawancara Policy Exchange bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Jeremy Hunt, Gates turut menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tersebut yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.

Gates pernah memberi amaran tentang potensi penularan virus seperti Covid-19 pada 2015.

“Bagaimana negara antarabangsa mahu bertindak balas jika serangan biokeganasan (cacar) itu menyasarkan 10 lapangan terbang di seluruh dunia? Ia mungkin boleh mencetuskan wabak lebih dahsyat berbanding yang kita sedang hadapi sekarang,” ujarnya.

Pada 2015, pengasas Microsoft itu pernah memberi amaran tentang potensi penularan virus seperti Covid-19 dan turut menekankan tentang keperluan negara antarabangsa bersiap-sedia untuk menangani situasi tersebut.

“Jika 10 juta orang terkorban dalam tempoh beberapa dekad akan datang, ia adalah disebabkan oleh virus berjangkit dan bukan peperangan,” katanya ketika menyertai Ted Talk kira-kira enam tahun lalu.

No comments: