KAH..KAH...KAH..AMBIL KESEMPATAN APANYA....AKIBAT TERTANGKAP DISEKATAN JALANRAYA DAN TIPU BAWA MASUK 80 BILLION GAMAKNYA .....TU PUN PERLUKAN PENJELASAN SUATU KETIKA DAHULU..MAKNA KATA ADA KONTROVERSI LA YA,...PATUT KALAH...

 

Panas! Bekas menteri kalah mengejut dalam pemilihan Pas

Panas! Bekas menteri kalah mengejut dalam pemilihan Pas

Tersingkir daripada pemilihan jawatankuasa PAS Pusat, Anggota Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali beranggapan rakaman audio tular yang dikaitkan dengan dirinya itu mungkin diambil kesempatan oleh “musuh luar” namun tidak menganggap ia memberi kesan kepada cara perwakilan mengundi dalam Muktamar kali ini.

“Itu biasa kadang-kadang musuh luar ambil kesempatan, itu biasa. Kita dalam PAS tidak hiraukan serangan musuh ke tohmahan ke, dalam PAS biasa saja.

“Menang atau kalah adalah suara pilihan perwakilan, ia tiada kaitan dengan perkara dari luar. Apa saja boleh berlaku, musuh boleh ambil kesempatan, yang penting PAS terus maju ke hadapan dan kita nak menang di pilihan raya negeri (PRN) Melaka,” katanya ketika ditemui media selepas berakhir Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu, hari ni.

Terdahulu, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi dilaporkan tewas dalam pemilihan jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2021-2023.

Dia sebelum ini dikaitkan dengan satu rakaman audio yang tular didakwa berkaitan pemimpin PAS menyuarakan kerisauannya terhadap kepimpinan presiden parti Abdul Hadi Awang.

Beban besar lepas

Audio yang tular di media sosial itu berdurasi satu minit 52 saat didedahkan seorang pemilik akaun Facebook.

Akaun media sosial itu mendakwa pemimpin PAS berkenaan sebagai “Dr T” yang dikaitkan dengan seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu.

Sementara itu, ditanya mengenai sama ada audio tersebut sahih atau tidak Khairuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Itu cerita lain, no comment,” katanya ringkas.

Bagaimanapun tambahnya, kalah atau menang dalam pemilihan adalah perkara biasa dalam sesebuah parti.

“Biasa sajalah dalam parti, itu biasa dalam parti menang kalah itu biasa, kita terus bekerja, teruskan bekerja dalam jemaah dan parti,” katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Sementara itu Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang turut tewas dalam pemilihan kali ini berkata, dengan kekalahannya itu menjadi satu beban besar yang kini dilepaskan.

“Tahniah kepada sahabat-sahabat yang terpilih dalam pemilihan jawatankuasa PAS Pusat, saya doakan mereka semua berjaya dalam membantu PAs menuju masa depan lebih besar.

“Saya rasa ia satu beban besar telah saya lepaskan, rasa ringan sekarang dan saya insya-Allah akan terus istiqamah bekerja untuk parti insya-Allah dengan tanggungjawab lain, banyak lagi (kerja),” ujarnya ketika ditemui media.