KEH..KEH...KENAL KAH DIA NIM ? HARU

 


Penulis Harakahdaily mohon maaf, dakwa ‘tidak sengaja’

Oleh FAZLI RADZI / November 8 , 2021

Penulis Harakahdaily, Roslan Shahir yang menulis, “Husam: PAN parti diktator” dan disiarkan di portal rasmi Pas tersebut pada 14 September 2020 tampil memohon maaf hari ini.

Dia yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor itu telah menuIis artikel tersebut selepas merujuk kepada satu laporan The Malaysian Insight pada tarikh sama bertajuk, “Husam letak jawatan naib presiden Amanah, kata sumber”.

“Saya secara tidak sengaja telah menerbitkan berita yang disiarkan oleh portal The Malaysian Insight yang tidak dipastikan kesahihannya.

“Pun begitu, saya sedar bahawa kandungan artikel tersebut boleh membawa maksud dan pemahaman yang berbeza kepada para pembaca terutamanya kepada YB Mohamad bin Sabu apatah lagi setelah YB Mohamad bin Sabu membuat penafian seperti yang disiarkan dalam satu laporan lain oleh portal The Malaysian Insight pada 15 September 2020,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, Roslan ingin memohon maaf kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Dalam masa sama, dia turut meminta pihak Harakahdaily menarik balik penyiaran artikel tersebut.

“… saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Mohamad bin Sabu sekiranya artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama baik YB Mohamad bin Sabu.

“Saya juga telah meminta pihak Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi menggunapakai dan membuat rujukan kepada artikel tersebut di masa hadapan,” katanya lagi.

No comments: