Video ‘Standoff’ Tentera Laut Filipina-Malaysia Maklumat Palsu

 


Angkatan Tentera Filipina (AFP) memberitahu 'standoff' antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu.

MANILA, 13 Ogos – Angkatan Tentera Filipina (AFP) menyifatkan sebuah video yang tular di YouTube kononnya berlaku ‘standoff’ antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

“Ini adalah rekaan sepenuhnya. Tiada insiden sedemikian berlaku. Ia bertujuan menjejaskan hubungan diplomatik 60 tahun dengan Malaysia, menghakis kepercayaan rakyat terhadap AFP, dan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu,” menurut kenyataannya, semalam.

Video berdurasi 12 minit itu menggambarkan kononnya berlaku ‘standoff’ antara pasukan tentera laut kedua-dua negara berhubung tuntutan wilayah yang bertindih.

Angkatan Tentera Filipina (AFP) memberitahu ‘standoff’ antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu.

AFP berkata. maklumat palsu seperti itu mengancam keamanan dan kestabilan serantau, “hanya menguntungkan agenda politik atau strategik pihak tertentu.”

“AFP teguh dengan komitmen terhadap ketelusan, kebenaran, dan perlindungan kepentingan negara. Kebenaran adalah pertahanan paling kukuh kami,” katanya.



No comments: