Pemuda Harapan gesa siasat segera kes serangan anak Rafizi




Angkatan Muda Harapan (AMH) menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarga susulan insiden yang dilaporkan melibatkan anak beliau di Putrajaya, tengah hari semalam

Dalam kenyataan Ketua Penerangannya, Ammar Atan, beliau menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan segera untuk membawa pelaku ke muka pengadilan

Katanya, perbuatan ini adalah membimbangkan kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan, malah meninggalkan kesan trauma emosi kepada mangsa dan keluarga.

“Lebih menyedihkan, kanak-kanak yang tidak sepatutnya menjadi mangsa keganasan terlibat dalam insiden ini.

“Tindakan tegas diperlukan bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang dan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan mereka terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau menyeru semua pihak untuk tidak mempolitikkan insiden ini sehingga siasatan selesai.


Ujarnya, fokus utama ketika ini adalah memastikan keselamatan mangsa, mendapatkan rawatan dan sokongan yang diperlukan, serta menegakkan keadilan.

Terdahulu bekas Menteri Ekonomi itu mendakwa anaknyadiserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Rafizi berkata anaknya telah diheret oleh seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan selain beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya siasatan telus dijalankan terhadap kes membabitkan anak bekas Rafizi.




No comments: